Video| Pelik tapi benar! Dijodohkan sejak bayi! Lahir tarikh, hospital, doktor sama! Sekolah sama!
Published bySemua tahu, ajal, rezeki dan jodoh itu ditentu oleh Yang Maha Esa.
Jika kita inginkan seseorang menjadi pasangan hidup kita, tidak pasti tercapai kerana mungkin banyak halangan. Namun ada yang mendapat jodoh ‘sejak lahir’ di dunia.Perkara ini dirasai pasangan pengantin baharu Aditya dan Aulia.
Kedua-duanya belajar di sekolah yang sama di sekolah rendah dan sekolah menengah lalu kemudian mula jatuh cinta.
Setelah bercinta selama 11 tahun, pada 2022, pasangan tersebut mengikat pertunangan dan selepas itu, bersatu sebagai suami isteri pada November 2023.
Pasangan ini tidak menyangka mereka berjodoh sejak lahir. Secara kebetulan kedua-dua berminat untuk mengetahui ‘sejarah hidup’ mereka.
Setelah membongkar ‘sejarah’ mereka, didapati kedua-duanya dilahirkan di hospital yang sama iaitu Rumah Sakit Bersalin Hermina, Jakarta pada bulan yang sama iaitu Jun 1997.
Dan kedua-duanya dilahirkan dalam bilik yang sama dan proses persalinan dilakukan oleh doktor yang sama. Cuma waktu kelahiran berbeza, cuma tiga jam dengan Aditya lahir lebih dahulu.
Dan berada di alam persekolahan, kedua-duanya belajar di sekolah yang sama. Dan memasuki alam remaja, kedua-duanya mula jatuh cinta.
Setelah 11 tahun bercinta selama 11 tahun akhirnya kedua-dua bertunang pada tahun 2022 dan diijab kabul pada 2023.
Kisah mereka sejak lahir hingga berkahwin diabadikan dalam TikTok @aulianibismi.
“Hahaha ternyata ketemunya dari seruangan zaman bayi dan doktor kita sama, lahir pada bulan yang sama tahun yang sama,” tulis keterangan dalam video pada Rabu, 22 November 2023.
Dan sebaik kisah mereka tersiar dalam TikTok, ia menjadi tular. Dan ketularannya meningkat apabila sejumlah media elektronik Indonesia turut memaparkan kisah menarik mereka. - KitaReporters