Bicara Seni| Tolong kami! Bantu Ibnor Riza! Malam Untukmu Ibnor! Bagi kumpul dana RM200k rawat kanser!
Published byPenyanyi popular 80-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghidap kanser limfoma tahap empat dan kini menghadapi kekangan kewangan bagi merawat penyakit kanser yang semakin serius itu.
Namun bagi Ibnor, kos itu dianggap tinggi memandangkan dirinya sudah lebih sembilan bulan sakit dan tidak boleh menyanyi yang menjadi sumber rezekinya selama ini.
Ibnor dimasukkan ke hospital pada Februari 2023 setelah mengalami beberapa sakit jenis penyakit berangkai.
Hasil pemeriksaan lanjut pada Mac 2023, Ibnor disahkan mengidap sakit kanser limfoma. Dia sudah menjalani enam kali kemoterapi di hospital kerajaan tetapi sel kanser masih tidak hilang.
Lalu dia bercadang membuat rawatan susulan iaitu dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor namun tergendala kerana masalah kewangan.
Kos rawatan itu memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM30,000 dua sesi kemoterapi yang dijadual di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya
Tambah Ibnor, jika rawatan dua kemoterapi itu masih kurang berjaya, dia perlu menjalani empat lagi kemoterapi yang menelan sekurang-kurangnya RM80,000.
Menurut Ibnor, setakat ini dia menerima sumbangan daripada individu dan persatuan tertentu, namun ianya hanya dapat menampung kehidupan dia dan keluarga.
Bagi kos rawatan susulan, beberapa rakan artis sedia mengadakan persembahan amal diberi nama ‘Malam Untukmu Ibnor’ di Hotel Grand Barakah, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2023 ini bagi mengumpul dana.
Antara rakan artis yang sedia mengambil bahagian ialah Datuk Siti Fairuz, Jay Jay, Nizam Laksamana dan Sophia Ibrahim.
Orang ramai boleh menyaksikan persembahan amal itu dengan membeli meja berharga RM1,300 atau secara individu bernilai RM138.
Menurut Ibnor, jika rawatan kemoterapi masih tidak berjaya, jalan terakhir adalah menerusi pembedahan transplan pemindahan tulang sum sum. Ia akan menelan pembelanjaan lebih besar iaitu kira-kira RM200,000 di pusat perubatan swasta terebut.