PENDIDIK adalah insan mulia yang melahirkan ramai golongan cerdik pandai dan profesional seperti doktor, arkitek, usahawan, dan lain lain. Pendidik juga membentuk akhlak mulia seseorang insan dan mereka sentiasa berkhidmat dengan ikhlas tanpa meminta apa apa balasan. 

Justru bagi menghargai usaha murni pendidik, Klinik Noura yang terletak di Shah Alam, Selangor telah melancarkan Kempen Kesihatan Warga Pendidik

Menurut CEO Klinik Noura Shah Alam, Dr Mohd Hasnor Safwan Mohamed Hasnan, aktiviti berkaitan Kempen Kesihatan Warga Pendidik akan dijalankan selama tiga bulan bermula 17 Oktober 2022 hingga 15 Januari 2023


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program dan kempen kesihatan


Klinik Noura yang beralamat di 12-G, Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor sentiasa mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke klinik ini. 

Dr Mohd Hasnor Safwan memberitahu antara aktiviti yang paling menarik adalah Servis Kesihatan Premium yang diberikan secara percuma khas kepada warga pendidik.  

Servis berkenaan termasuk :

1. Ultrasound kehamilan 

2. Ultrasound pemeriksaan organ seperti buah pinggang/hati/tiroid/payudara 

3. Ujian Darah Kanser/Asas dan Tiroid

4. Servis rawatan Jururawat ke Rumah bagi Warga Pendidik yang terlantar kerana sakit kronik mahupun wanita berpantang.  

Bagaimanapun semua servis berkenaan adalah mengikut terma dan syaratnya. 


Dr Mohd Hasnor Safwan Mohamed Hasnan


Ditanya siapa yang boleh menyertai kempen ini, Dr Mohd Hasnor Safwan memberitahu, senarai di bawah ini layak menyertai kempen berkenaan.

1. Guru pra-sekolah atau sekolah Rendah, Menengah

2. Pensyarah Universiti, Kolej

3. Ahli terapi/guru pendidikan khas

4. Ustaz/Ustazah

5. Pesara Guru/Warga Pendidik

6. Semua warga pendidik yang mendidik anak Malaysia. 



Dr Mohd Hasnor Safwan juga memberitahu mereka ada jururawat yang ditugaskan melawat guru-guru dan bekas guru yang sakit di rumah jika mereka tidak dapat datang ke Klinik Noura. 

Setiap hari ada dua slot percuma Medic Mobile untuk warga pendidik. Ini katanya adalah sebahagian dari kempen Klinik Noura untuk menghargai jasa pendidik. 

Beliau juga berkata jika ada sekolah yang mahukan penerangan lebih lanjut mengenai kempen menghargai warga pendidik ini, beliau bersedia ke sekolah berkenaan dan boleh maklumkan kepada beliau. 

Oleh itu beliau berharap jika ada golongan pendidik yang ingin menyertai kempen dan menempah slot percuma itu bolehlah klik di pautan www.klinik.com.my/noura - KitaReporters


20
11
0
8
0

Copy Link: