TANGGAL 20 Oktober 2022, menjadi tarikh bersejarah bagi Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) apabila berjaya menghidupkan semula Anugerah Wanita Ikon Malaysia yang terhenti sebelum ini sejak 2012.

Penganjuran majlis gemilang dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur itu bertujuan untuk mengiktiraf penghargaan dan memartabatkan kehidupan wanita baik dari segi kerjaya, keluarga, masyarakat dan negara.


Lagi kisah-kisah berkaitan wanita-wanita hebat


Bagi Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Shiekh Mohamed satu kepuasan yang tidak terhingga apabila anugerah berprestij tinggi yang mula-mula diwujudkan oleh majalah Wanita terbitan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad itu berjaya dibangunkan semula.

Katanya, kali terakhir anugerah diadakan pada tahun 2011/2012 namun disebabkan beberapa masalah lain termasuk pandemik COVID-19 menyebabkan majlis yang diadakan setiap dua tahun itu terhenti.



Tahun tersebut, Adilah Ahmad Nordin dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2011/2012 bersama Dr Mumtaz Begam Abdul Kadir, Ratna Nainy, Dr Saaidah Abdul Rahman dan Narthreze Puteri Abdullah.

Sejak itu tiada lagi, anugerah Wanita Ikon dilaksanakan sehinggalah tahun ini (2022), yang menghidupkan semula anugerah berprestij yang bertujuan membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan wanita dengan membentuk wanita yang berkeyakinan tinggi sambil melahirkan masyarakat yang berdaya saing.



“Kali ini seramai 242 pencalonan telah diterima, 73 calon berjaya  ke peringkat saringan pertama.

“Manakala 43 calon terpilih ke peringkat finalis Anugerah Wanita Ikon Negeri dan hanya 10 pemenang Wanita Ikon Negeri telah terpilih.

“Semua pemenang Wanita Ikon Negeri adalah juga merupakan finalis yang bertanding untuk merebut gelaran peringkat nasional yang akhirnya dinobatkaan kepada Cik Puan Gojes sebagai Wanita Ikon Malaysia 2022.



Hadiah berkenaan disampaikan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Lebih menarik tahun ini apabila enam anugerah lain turut ditampilkan termasuk penghargaan untuk kaum Adam melalui Anugerah He For She 2022, yang diberikan khas kepada aktor, Edika Yusof

Kecekalan pelakon kacak menjaga isterinya yang lumpuh selama 18 tahun melayakkan Edika diangkat sebagai contoh.



Selain itu  beberapa anugerah lain termasuk Anugerah Khas Tokoh Wanita Ikon Malaysia 2022  yang disampaikan kepada Tan Sri Dr Jemilah Mahmood di atas sumbangan beliau kepada negara melayakkan wanita hebat ini  menerima anugerah berkenaan berikutan peglibatannya dalam bidang kesihatan lebih 30 tahun serta aktivis kemanusiaan.




Malah, empat anugerah turut diberikan iaitu Anugerah Wanita Ikon Muda 2022, Wanita Ikon Inspirasi 2022, Wanita Ikon Waja 2022 serta Ibu Ikon 2022.

Kesemua anugerah berkenaan diberikan individu-individu yang bergiat dalam bidang masing-masing  selain cemerlang dalam kehidupan menerusi pencapaian dan prestasi dalam keluarga, kerjaya dan sosial.

Semoga penganugerahan ini juga akan membantu pihak kerajaan untuk memperkasakan wanita dengan wanita yang berkeyakinan tinggi sambil melahirkan masyrakat berdaya saing.

Terbaiklah KWIM dari kami team Kitareporters! - KitaReporters


15
9
0
12
2

Copy Link: