Video| Keibuan Rebecca Nur Al-Islam! Ada 6 anak, 38 kucing! Stray cats pun ada! Jadi sumber inspirasi!
Published byEnam orang cahaya mata, dua anak tiri dan seorang anak angkat menjadikan keluarga besar pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad atau lebih mesra disapa Becca, sangat meriah. Paling bongsu dilahirkan pada bulan Mei 2023 lalu. Bayangkan suasana riuh-rendah dalam keluarga ini.
Pelakon berasal dari Johor ini pernah menjawab pertanyaan orang ramai kenapa dia suka anak ramai.
Menurut Becca, ini kerana dia seronok mempunyai anak ramai kerana dapat menemaninya hingga ke hari tua. Sebagai contoh, ibunya sendiri juga ada ramai anak dan kesemuanya berebut-rebut mahu menjaganya.
Setiap kali ibunya tidak sihat, adik-beradik Becca berebut untuk menjaganya.
Sifat keibuan dan penyayang Becca bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga haiwan peliharaan. Dia bukan sahaja sukakan anak ramai tetapi juga membela kucing dalam jumlah yang banyak.
Kucing bernama Grey mendapatkan rawatan.
Becca pernah berkongsi dalam media sosial di mana
dia sendiri menyambut kelahiran anak-anak kucing peliharannya. Sebagai pencinta
haiwan, dia bukan sahaja memelihara kucing daripada baka mahal, tetapi juga
kucing jalanan (stray cats).
Pada 3 Oktober 2023, Becca berkongsi dalam Instagramnya mengenai perkembangan terbaharu kucingnya yang sakit dan dihantar ke hospital veterinar.
Menurut Becca, dia gembira kerana kucingnya bernama Grey sudah boleh dibawa keluar dari veterinar.
“Alhamdulillah hari ni sempat lari singgah ke hospital ambil Grey dah discharge. 11 hari Grey berada di hospital menerima rawatan. Syukur sihat dah cuma lebih pendiam. Ciannn cayang mom. Adik Grey mati hari tu tinggalkan mummy dah. Takpe insya-Allah adik Grey tunggu mummy di pintu syurga. Amin,” tulisnya.
Menurut Becca lagi, dia mempunyai 38 ekor kucing
terdiri daripada pelbagai baka. Kesemua kucing tersebut merupakan cinta
hatinya.
“By the way,
mummy ada anak bulus sebanyak 38 ekor. 15 ekor baka British short hair, seekor Maine
coon, lima ekor Parsi dan selebihnya stray
cats. Semuanya adalah cinta hati jiwa saya.
“Mummy tahu anak-anak bulus Mummy Becca ni selalu mendoakan mummy. Saya sayang semuanya. Cuma kadang-kadang mummy sibuk. Jadi, kurang masa dengan anak-anak bulus semua,” luahnya.
Peminat turut teruja dengan sifat keibuan yang ditunjukkan oleh Becca.
Sementara itu, pengikut Becca dalam Instagran turut kagum dan terinspirasi dengan sifat keibuan dan kasih sayang pelakon tersebut bukan sahaja kepada anak-anak sendiri tetapi juga haiwan peliharaan.
Malah, rakan seperjuangan, pelakon Sheila Mambo atau nama sebenarnya Rusilawati Hassan turut terkejut dengan jumlah bilangan anak kucing yang dipelihara oleh Becca.
Sifat keibuan dan penyayang Becca boleh dijadikan ikutan. Lihat, apabila seseorang artis menunjukkan sikap yang positif, pasti para peminat akan terikut-ikut.
Sebab itu, artis atau figura popular kena tunjukkan sikap yang baik terutama dalam media sosial. - KitaReporters
Pelakon Sheila Mambo turut kagum kerana Becca mampu menjaga kucing sebanyak itu.