Ako Mustapha kemalangan! Kini berada di Unit Kecemasan HKL! Mohon doakan kesembuhannya! - Isteri

Published by
KitaReporters

Pelakon Ako Mustapha, 51, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah terbabit dalam kemalangan pada hari ini, Khamis, 4 Ogos 2022. 

Perkara itu dinyata oleh isterinya Kartina Shuaib dalam Instagram @akomustapha.
"Assalamualaikum... mohon doakan suami saya, Ako Mustapha. Sekarang ini dia berada di ruangan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur. Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya... Amin ya rabbal alamin," tulis Kartina. 

Namun Kartina tidak mengulas lanjut seperti di mana tempat kemalangan, bagaimana ia berlaku dan seteruk mana keadaan suaminya. Kartina cuma memuat naik sekeping gambar Ako sedang baring atas katil dan menunggu rawatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden kemalangan


Terdahulu pada Februari 2022, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu dia positif Covid-19. Ako yang nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha kurang aktif dalam IG. 

Ako mula berlakon sejak 1997 dengan telah berlakon dalam lebih 30 drama sehingga 2021. Dan dalam filem dia terlibat dalam 12 judul dengan lakonan pertamanya adalah ‘Senario The Movie’ pada 1999.

Sejak beberapa tahun lalu, Ako mengurangkan kegiatan lakonan sebaliknya terlibat dalam bidang pengarahan dan menjadi produser.

Ako berkahwin dengan Kartina pada 17 Januari 2009 dan dikurnia empat anak. Walaupun sudah semakin berusia, Ako masih gemar berbasikal yang dilakukan sejak muda. - KitaReporters

Ako bersama isteri dan anak-anak

6
7
0
8
0

Copy Link: