Pulangkan hak saya! Faisal Halim tak puas hati! Gaji dipotong Terengganu FC! Sanggup nak ke mahkamah!
Published byBEKAS pemain Terengganu, Faisal Halim meluahkan apa yang terbeku di hati beliau selama ini dengan menyatakan dirinya tidak berpuas hati cara yang dilakukan oleh pihak pengurusan lama beliau, Terengganu FC.
Antara sebab utama kenapa Faisal begitu marah adalah pemotongan gaji yang dilakukan tanpa persetujuan bersama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola Faisal Halim
Menurut Faisal, beliau tiada sebarang permasalahan dengan bekas kelab lamanya namun tindakan CEO Terengganu FC itu dianggap seperti masalah peribadi antara mereka.
Tambahnya lagi, beliau mengaku salah atas apa yang terjadi sewaktu memberi komen kepada media berkenaan pasukan Terengganu dan sepatutnya jika ingin memotong gaji, ia harus dilakukan pada bulan itu bukan memotong gaji pada bulan terakhir.
Jika jumlah itu tidak banyak, Faisal tidak akan memperbesar isu ini tetapi kerana jumlah yang banyak dan dipotong 15% daripada gajinya menyebabkan dirinya tekad untuk dapatkan haknya kembali.
Lebih menyedihkan dirinya, tiada sebarang surat amaran atau notis daripada pihak pengurusan berkenaan potongan gaji ini dan beliau hanya mengetahui ketika menerima gaji terakhir di Terengganu.
Ketika ini pemain berasal dari Pulau Pinang ini sedang menunggu slip gaji daripada majikan lamanya sebelum mengambil tindakan lanjut dan jika tiada juga penyelesaian, beliau akan ambil peguam untuk kes ini. - KitaReporters