NIAT memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia seorang peniaga nasi lemak memberi makanan percuma kepada seorang pak cik Cina yang sentiasa berkunjung ke gerai makannya namun ditolak kerana tetap ingin membuat pembayaran meraih pujian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nasilemakciksuepenang, beliau menjelaskan pak cik tersebut sering memesan menu nasi berlauk ayam untuk dibungkus buat isterinya di rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak


“Pak cik ini merupakan pelanggan tetap saya sejak berniaga ketika tanpa kedai lagi, selalu akan ambil lauk ayam untuk isteri beliau.

Saya selalu nak bagi percuma tetapi dia tidak mahu, dia nak bayar juga. Saya suka gurau tengok dia gelak. Terima Kasih uncle selalu beli,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kebaikan dan dasar kemanusiaan peniaga itu untuk membantu meskipun berlainan bangsa dan agama serta mendoakan beliau dimurahkan rezeki.



“Kesian uncle comel sahaja ingin membeli. Baik hati awak,” ujar @bulus&fwens.

“Semoga dimurahkan rezeki kakak selalu,” kata @ainulmardhiah.

“Kedai di mana? Saya nak belanja pak cik ini kalau dia datang lagi,” jelas @fikrijohari. - KitaReporters


12
14
0
14
0

Copy Link: