Nora sebak khatam al-Quran! Harap beri semangat, jadi ikutan

Published by
KitaReporters

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) memberi hikmah buat pelakon comel, Nora Danish apabila menggunakan masa di rumah dengan membaca al-Quran. Bersempena dengan bulan Ramadan. Nora tidak melepaskan peluang ‘memburu’ pahala. Berkat rahmat bulan Ramadan itu, Nora akhirnya berjaya membaca keseluruhan al-Quran atau dipanggil khatam al-Quran. : KitaReporters


Momen gembira itu dikongsi oleh Nora dalam media sosial miliknya dengan harapan menjadi ikutan orang ramai. Menurut Nora, dia sangat bersyukur kerana tidak percaya dapat melakukannya.

“Ya Allah, syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui.

“Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan pada arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

"Ampunilah dosa-dosanya Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengasihani, Maha Penyayang Dan Maha Pengampun. 

"Terimalah ya Allah bacaan hamba-Mu yang tidak sempurna ini. Sesungguhnya Allah Maha Penerima,” tulisnya.


Kata Nora lagi, kejayaannya itu dibantu dengan sebuah al-Quran pemberian Pencetus Ummah (PU) Hafiz. Walaupun jadualnya agak ketat, tapi dia berjaya melaksanakannya.

Semangatnya itu semakin berkobar-kobar sementelah melihat pelakon Siti Elizad berjaya melakukannya sepanjang tempoh PKP.

“Insya-Allah Nora akan khatam pula bersama ustazah atau ustaz apabila semua dah ok. Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora.

“Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun-tahun tersekat. Sampailah masa PKP tergerak hati nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal. 

"Jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab PKP kan. Takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadinya, saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula mula mengaji.

“Aturan Allah dan ditambahkan pula apabila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah khatam masa KPK, lagi berkobar jiwa raga ini. Terima kasih, awak pendorong semangat saya,” jelasnya.

Sementara itu, Nora berharap perkongsiannya ini dapat membuka hati orang lain untuk turut sama khatam al-Quran.

“Harap post Nora ini akan pula membuka niat pada mereka yang lain. Insya-Allah. Sama-sama kita kongsi benda yang baik,” ujarnya.

Khabar gembira itu mendapat respons daripada rakan-rakan artis. Mereka turut berkongsi kegembiraan itu dan terharu.

Rakan-rakan selebriti turut bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.


Alhamdulillah. Jadikan perkongsian Nora itu sebagai pembakar semangat untuk kita sama-sama membuat pecutan terakhir pada 10 malam terakhir Ramadan. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: