Foto daripada paparan video di TikTok menimbulkan sangsi orang ramai apa yang sebenarnya terjadi.

Beberapa video yang dimuat dalam laman TikTok baru-baru ini membuat pengikut hiburan tanah air kecoh. 

Adakah video itu benar-benar memaparkan majlis akad nikah pernikahan terbaharu pelawak Tauke Jambu atau sebuah lakonan drama atau cuma video ‘prank’ (gurauan)?

Menerusi beberapa video yang dimuat naik dalam TikTok, kelihatan Tauke menggayakan baju Melayu berwarna putih lengkap bersamping. Turut kelihatan seorang wanita dikenali sebagai Shu berbaju dan bertudung putih seperti baru sahaja selesai bernikah di sebuah masjid.

Pengantin perempuan membetulkan pakaian Tauke.

Dalam video yang lain turut kelihatan kawan rapat kepada wanita berkenaan mengucapkan tahniah atas perkahwinan kawannya itu.

“Tahniah Shu. Semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan. Saya harap awak jadi isteri yang baik di samping suami pilihan awak,” kata kawan itu dalam TikTok.

Tauke dan pasangan bergambar di hadapan sebuah masjid menimbulkan tanda tanya adakah Tauke benar-benar sudah berkahwin lagi?

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita Tauke berkahwin lagi. Malah ada yang mendakwa ia sekadar ‘gimik’ memandangkan wanita yang dikenali ‘Shu’ itu pernah muncul dalam video prank kekasih curang dalam YouTube sebelum ini.

Tauke Jambu atau Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkahwin dengan Nadia Mohd Affandi pada 9 Disember 2017 dan dikurnia seorang cahaya mata perempuan bernama Zamatul Khayla Aydinna berusia 3 tahun.

Tauke bersama isteri, Nadia Mohd Affandi. - Kredt foto: IG taukejambu

Tauke mula mencipta nama setelah menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 dalam Astro Warna dan menduduki tempat keempat. 

Sepanjang penglibatan dalam seni, Tauke pernah diterjah dengan beberapa perkara kontroversi. Antaranya beberapa bulan lalu dikatakan ditahan oleh polis kerana dikatakan terlibat dalam perdagangan wanita namun Tauke menafikan.

Tauke cuba dihubungi pihak media, namun dia enggan membalas panggilan. Ini menyebabkan ‘perkahwinan’ terbaharu ini  terusmenjadi misteri dan tanda tanya. - KitaReporters



11
14
0
13
0

Copy Link: