Kebolehan Naim Daniel mengubah suai lagu ‘Sepinya Sekuntum Mawar’ ke bentuk irama Malaysia dengan gaya tersendiri membolehkan penyanyi dan pencipta lagu itu menjuarai episod ke-2 ‘Immortal Songs’ di saluran TV3 pada malam tadi, Ahad, 6 September 2020. : KItaReporters

Naim Daniel menerima tepukan gemuruh dambil berdiri kerana memberi persembahan terbaik. - Kredit foto: IG naimdanielx



Lagi cerita-cerita berkaitan Naim Daniel:

https://kitareporters.com/search?search=naim+daniel


Naim diumum sebagai pemenang bagi susunan muzik terbaik untuk lagu nyanyian penyanyi legenda Ella.

Pemenang ‘Juara Lagu ke-34  tahun 2019 melalui lagu ‘Sumpah’ ini menerima wang tunai RM10,000. Naim menerima 766 daripada markah penuh 800 daripada lapan juri yang terdiri daripada wakil -wakil penerbitan media.

Naim Daniel memang suka mengubah suai lagu popular. - Kredit foto: IG naimdanielx


Dia mengubah suai lagu ‘Sepinya Sekuntum Mawar’ ke bentuk irama Malaysia dengan gaya tersendiri. Ia menyebabkan Ella, para juri dan peserta lain memberi tepukan gemuruh sambiul berdiri kepada Naim.

Saingan terdekatnya ialah Kaka Azraf yang menerima 727 markah. Kaka yang merupakan anak saudara Ella membawa lagu popular Ella, ‘Sembilu’ dengan cara tersendiri. Penyanyi-penyanyi lain ialah Aman Aziz (692), Naqiu (673), Sarah Suhairi (633) dan  kumpulan Imsomniacks (673)

Markah yang diperoleh Naim lebih tinggi daripada juara minggu lalu iaitu penyanyi dan komposer Hael Husairi yang memperoleh 686 markah pada episod pertama Immortal Songs.

Kaka Asraff memberi saingan rapat terhadap Naim Daniel. Kredit foto: IG kakaasraff


Immortal Songs merupakan rancangan berdasarkan sebuah program sebuah stesen TV di Korea Selatan, KBS,  yang mengguna jodol yang sama. Program yang diterbit bagi mengganti program I Can See Your Voice (ICSYV) musim ketiga ini mengemukakan 42 penyanyi generasi baru yang diminta mengolah lagu-lagu selebriti sensasi yang dipilih.

Antara penyanyi popular yang sertai Immortal Songs adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel, Stacy, Naim Daniel dan Naqiu. Kemasukan mereka dalam pasukan mana ditentukan secara undian.

Sementara Karyawan Legenda yang dipilih ialah Ning Baizurah, Ella, Datuk Jefrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk M. Nasir, Fauziah Latiff dan Fauzi Marzuki.

Rancangan ini yang ditaja oleh syarikat tenusu Farm Fresh dihos oleh Ain Edruce dengan hos bersama Fad Bocey, Amy Mastura dan ‘boss susu’ Azmi Zainal.

Immortal Songs ditayang dalam waktu hampir bersamaan dengan program ‘Big Stage’ Astro Ria. Cuma bezanya ‘Immortal Songs’ dalam bentuk rakaman sementara ‘Big Stage’ secara langsung.

Kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri, terserah kepada anda untuk menentukannya hendak menonton pertandingan yang mana satu. - KitaReporters


7
1
1
0
0

Copy Link: