Cawangan bank dibina di kawasan kontang! Jauh di pedalaman!
Published byLAZIMNYA operasi perbankan dilakukan di tengah bandar, maklumlah di sana semua ‘benda’ ada dan keadaan itu memudahkan rakyat berurusan. Namun berbeza di Mexico apabila sebuah bank Banco del Bienestar membuka cawangan baharunya jauh di pedalaman dan terletak jauh di ceruk dunia. : KitaReporters
TERPAKSA dibina jauh di pedalaman demi memudahkan pengguna berurusan dengan bank. Kredit foto: Odditycentral.com
Lagi cerita-cerita dari Mexico:
https://kitareporters.com/search?search=mexico
Aikss ni betul-betul pelik, kerana operasi bank merupakan tulang belakang dan tunggak kepada pembangunan sesebuah negara dan semestinya beroperasi di pusat bandar. Namun Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador memiliki ‘jawapan’ tersendiri dengan pembinaan cawangan baharu itu.
Memetik portal odditycentral.com, walaupun menimbulkan
keraguan dalam kalangan penduduk Mexico dan menyebabkan dikecam teruk oleh rakyat
kerana dianggap tidak waras selain merugikan wang kerajaan kerana membangunkan
bank berkenaan di lokasi yang sukar diakses pelanggan.
Maklumlah cawangan bank berkenaan dibuka di tengah-tengah kawasan kosong, hanya tanah kontang serta belukar, dan hanya sebuah bangunan itu sahaja yang wujud di kawasan tersebut.
BAHARU siap dibina dan akan beroperasi sepenuhnya Oktober ini.
Rupanya bukan saja-saja beliau membuat keputusan berkenaan! Sebaliknya pembinaan cawangan itu bersebab dan dilakukan bertujuan membantu memudahkan rakyatnya mengakses kewangan di bank berkenaan.
Aikss cam mana nak bantu rakyat jika dibina di kawasan
jauh dari bandar, sekali gus menyusahkan rakyat terpaksa melalui jalan sukar
semata-mata mahu berurusan di bank berkenaan.
Wakil bank Mario Saldaña, memberitahu pembinaan bank tersebut sepatutnya dibina Nuevo Casas Grande kawasan bandar kecil dalam daerah Chihuahua tapi ditangguhkan selepas Datuk Bandar, Héctor Mario Galaz tidak memberi keizinan menggunakan plot tanah di kawasan tersebut.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan pihak bank tiada pilihan selain menerima sebidang tanah yang diberikan oleh pihak tentera Mexico walaupun terletak jauh di tengah hutan.
Nasib baik pihak bank pantas menerima jika tidak
terpaksa menunggu tempoh lama untuk pembinaan bank di bandar tersebut.
Keadaan itu bakal menyusahkan rakyat kerana penduduk
langsung tidak dapat berurusan dan mengakses kewangan mereka.
Logiknya tak kan bank di benarkan beroperasi di tengah
hutan kan??
Tapi bagusnya pembinaan bank berkenaan ‘di hujung dunia itu’ kerana akan wujud pembangunan baharu di kawasan berkenaan. Malah, tidak mustahil kawasan itu akan maju dengan pembangunan tidak lama lagi.
Sebab itu jangan kecam dulu…semua itu bersebab! - KitaReporters