SIAPA tidak mengenali komposer dan penyanyi prolifik, Faizal Tahir yang sering melahirkan lagu-lagu yang membawa mesej tertentu kepada pendengarnya. Terbaharu, melalui lagu ‘Nobody’, pemilik bernama penuh, Ahmad Faizal Mohammad Tahir ini membawa satu mesej yang diakui lain daripada yang lain yang pernah disampaikan sebelum ini. Apa agaknya? - KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Faizal Tahir:

https://kitareporters.com/search?search=faizal+tahir


“Apa yang saya cuba nak disampaikan dalam lagu ini sebenarnya untuk diri saya sendiri terlebih dahulu, yang mana saya ini ‘nobody’ tanpa ‘somebody’ yang saya boleh beri dan curahkan kasih sayang.

“Selain mendedikasikan rasa cinta dalam diri saya kepadanya, menjaga dengan baik dengan jujur, ikhlas kerana Allah SWT. Sebab apabila buat macam itu barulah dapat hadiah teragung iaitu bersamanya di syurga nanti,” ujar Faizal Tahir kepada media.

Dalam usia 42 tahun, Faizal berharap mesej yang disampaikan dalam lagu berkenaan dapat memberi manfaat bukan sahaja buat dirinya tapi juga buat semua pendengar.

@faizal_tahir : “Nobody” official lyric video out on YouTube now.


"Harapan saya setiap kali keluar lagu, mestilah saya mengharapkan mesej yang disampaikan diterima dan dihadam dengan baik. Paling penting dapat memberi manfaat kepada orang yang mendengar dan memahaminya. Dan sudah tentu harapan itu kepada diri saya dahulu waima orang lain yang mendengar menjadi orang yang lebih baik,” ulas plantun lagu ‘Ragaman’ ini.

Seperti kebanyakan karya lainnya, lagu ‘Nobody’ menyaksikan kerjasama Faizal bersama beberapa komposer iaitu Firdaus Rahmat, Mas Dewangga, Mage dan Mike Chan.

“Saya selesa bekerja dalam pasukan kerana dapat berkongsi banyak idea, sekali gus dapat melahirkan sebuah karya yang terbaik dan unik. Saya sedar apabila bekerja dalam kumpulan atau pasukan kita lagi kuat, idea banyak dan berbeza terutama bekerja dengan orang mempunyai pengalaman lain. 

"Macam saya sudah tua, jadi dapat berkongsi idea baru daripada orang baru dan anak muda,” tambah Faizal yang lebih dikenali dengan pangkal nama ‘FT’.


Menurutnya, ‘Nobody’ merupakan lagu balada bertenaga moden memandangkan muzik sekarang sudah banyak berubah.

“Komposer yang bersama saya dalam penghasilan lagu ini juga mereka yang sedang meningkat naik dan banyak lagu mereka sudah keluar di radio. Kalau nak tahu, ini memang cara saya bekerja yang mana kami buat bersama-sama dan terbitkan,” jelas FT yang mengakui tiada masalah bekerja dengan banyak ‘kepala’.

Malah kata juri tetap program realiti ‘Big Stage 2020’ terbitan ASTRO ketika ini, beliau memang suka bekerjasama apabila setiap orang diberikan kelebihan dan idea berbeza, malah semua sangat terbuka, bertolak ansur dan boleh menerima idea masing-masing.

Berkongsi mengenai muzik video rasmi ‘Nobody’,  Faizal memberitahu ia masih dalam proses pembikinan, malah disebabkan cabaran dan keunikan yang ingin disampaikan membuatkan dirinya rasa teruja untuk melihat hasilnya kelak.

Mampukah figura yang sudah 15 tahun berada dalam arena muzik tempatan ini menjentik hati pendengar melalui single terbaharunya itu, apatah lagi beliau antara idola yang menjadi ikutan bagi kebanyakan generasi baru baik dalam bidang penciptaan lagu mahu pun nyanyian?

'Nobody’ merupakan terbitan syarikat rekod label Faizal Tahir sendiri, Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar

Moh! Tonton muzik video lirik lagu ini sepenuhnya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: