Video| Semoga Mimpi Haqiem Rusli jadi kenyataan! Jom tonton video muzik Mimpi baru dilancarkan
Published byBERKEBOLEHAN mencipta lagu dan menulis lirik merupakan bonus kepada Haqiem Rusli yang mula menceburi bidang seni sejak usia 10 tahun, sebagai peserta program Idola Kecil. Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, yang merupakan artis naungan syarikat rakaman FMC sejak 2016 itu berjaya mencipta nama menerusi lagu Segalanya, Tergantung Sepi serta Jatuh Bangun duet bersama Aman RA. : KitaReporters.
Lagu Mimpi dendangan Haqiem Rusli dapat ditonton menerusi YouTube FMC mulai 7 Januari 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Haqiem Rusli:
https://kitareporters.com/search?search=haqiem+rusli
Melihat kepada perjalanan seni Haqiem, boleh dikatakan rezeki sering menyebelahinya dan hingga kini beliau telah mencipta hampir 20 buah lagu sejak 2017.
Selain
lagu dendangan sendiri, Haqiem turut mencipta lagu untuk Irfan Haris, Putera
Band, Sufi Rashid, Adly Sofwan, Usop, Zack Zakwan, Tajul dan Jang Han Byul.
Terkini, Haqiem tampil dengan lagu Mimpi, singlenya yang ke-14, hasil ciptaannya bersama dengan penerbit drama, Datuk A. Aida. Malah lagu tersebut turut dijadikan runut bunyi untuk drama terbitan A. Aida Produciton iaitu Bidadari Salju yang sedang ditayangkan di TV3.
Lagu Mimpi merupakan ciptaan Haqiem Rusli dengan A. Aida untuk drama Bidadari Salju.
Berkongsi kegembiraan tentang sambutan lagu Mimpi, Haqiem berkata, sewaktu episode pertama drama itu ke udara, ramai yang menghantar mesej kepadanya bertanya perihal lagu tersebut.
“Ramai yang DM (direct message) dan bertanya kenapa bila cari dalam YouTube video muzik rasmi lagu Mimpi tiada? Pertanyaan itu membuatkan saya terasa sangat gembira dan rasa dihargai peminat.
“Untuk mereka yang ternanti video muzik (MV) Mimpi, anda semua boleh menonton dalam saluran YouTube FMC Music mulai 7 Januari, pukul 8 malam.
“Bila ramai yang bertanya, saya pula yang rasa teruja seolah-olah ini single pertama saya yang baru nak keluar, lain macam pula rasanya, mungkin lagu ni nak meletop luar biasa agaknya,” kata Haqiem berseloroh tentang single kelima ciptaannya itu.
Haqiem yang mula dikenali dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi kini makin berani dan yakin mengetengahkan lagu ciptaan beliau sendiri untuk dipersembahkan buat semua peminat selepas lagu Bangkit, Lembah Kesepian, Qiemillio dan What Can I Do For U.
Haqiem Rusli mahu melakar nama sebagai komposer ternama pada tahun ini.
Haqiem yang pertama kali bekerjasama dengan A. Aida berkata, beliau suka dengan semangat dan kesungguhan wanita itu bekerja.
“Ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Datuk
A. Aida di dalam studio, saya suka semangat
dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja. Saya kagum dengan beliau. Bukan sahaja
wanita yang berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal
erti putus asa,” katanya.
Dalam pada itu, bila ditanya tentang harapannya untuk lagu Mimpi, Haqiem berharap lagu tersebut mampu mencatat lebih 20 juta tontonan mengatasi lagunya sebelum ini, Selamat Tinggal Sayang.
Belum bersedia untuk berduet dengan penyanyi wanita buat masa sekarang.
“Bohong kalau saya kata tidak meletakkan harapan yang
tinggi, ini lagu saya mestilah saya harapkan sesuatu daripada hasil kerja keras
saya. Kalau anda sayang saya sudikanlah tonton video muzik Mimpi dan download
lagu Mimpi okey? Lagu ini buah tangan saya pada tahun baharu 2021 buat semua
peminat yang saya kasihi.
“Tahun ini, saya nak orang mengenali Haqiem Rusli
bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya mahu mencipta jenama sebagai komposer
yang disegani seperti Datuk M. Nasir dan Datuk Ahmad Nawab. Itu matlamat dan
sasaran saya untuk tahun baharu ini,” katanya terus terang.
Selain itu, Haqiem masih lagi selesa untuk menyanyi
secara solo daripada berduet dengan mana-mana penyanyi wanita. Jelas Haqiem,
ada saja penyanyi wanita yang mempelawanya untuk berduet bersama tapi ditolak
dengan cara baik.
“Buat masa ini saya lebih selesa fokus pada nyanyian solo saya, bukan tak mahu tetapi nanti dulu, ada saja penyanyi wanita yang ajak saya berduet di dalam lagu, tetapi saya menolak dengan cara baik kerana bagi saya biarlah saya betul betul sukses dengan lagu solo dan lagu- lagu ciptaan saya dulu.
Harap lagu Mimpi mendapat sambutan sehingga 50 juta tontonan.
“Dan ramai juga yang minta saya buat lagu untuk mereka
tetapi memandangkan waktu saya agak terhad jadi saya mohon maaf jika tidak
dapat memenuhi permintaan mereka buat masa ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Haqiem juga tidak terasa hati apabila
hero dan heroin Bidadari Salju, Adam Lee dan Sweet Qismina yang sepatutnya
muncul dalam video muzik Mimpi, menarik diri pada saat akhir.
“Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak
produksi video muzik yang berhubung dan berurusan dengan mereka, apa yang pasti
saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon atau model wanita
yang ingin ditampilkan dalam video muzik saya, mereka perlulah bertudung
(menutup aurat). Jika tidak maaf saya tidak setuju.
Haqiem Rusli tidak terasa hati walaupun pelakon utama Bidadari Salju tidak muncul dalam video muzik Mimpi.
“Saya tak nak mengulas lanjut tentang isu ini kerana
saya kurang jelas apa yang berlaku, kerana urusan pelakon tersebut diuruskan
sepenuhnya oleh pihak produksi, tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama
28 episod itu, yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut.
“Bagi saya tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah
jika mereka sudi untuk turut serta dalam video muzik saya ini. Saya anggap semua
perkara Allah yang tentukan, mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka
dalam video muzik Mimpi.
“Saya okey saja, tidak marah atau merasa kecil hati. Walau bagaimanapun saya berterima kasih kerana mereka ada niat untuk bantu saya menjayakan video
muzik ini,” katanya yang enggan memanjangkan kisah di sebalik penarikan diri pada saat akhir pelakon-pelakon drama tersebut. - KitaReporters