Bestnya! Pemindahan ilmu dari UMT ke komuniti! Kursus pembuatan seramik untuk KRT Bandar Jertih!
Published byPeserta tekun memasukkan tanah liat ke dalam acuan
PROGRAM Pemindahan Ilmu menerusi projek SULAM oleh universiti tempatan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak terkecuali memperkenalkan kaedah pembelajaran membabitkan pelajar dengan komuniti dalam usaha mengembangkan bidang kemahiran antara dua hala pelajar dan masyarakat.
Lagi
Peserta bergambar kenangan bersama Dr Mohd Al-Amin selepas selesai menyertai bengkel pembuatan seramik di KRT Bandar Jertih, Terengganu
Program pemindahan ilmu dalam pembuatan seramik adalah antara UMT dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) satu lagi pendekatan institusi pengajian tinggi berkenaan memperkasakan pelbagai bidang kemahiran kepada komuniti.
Bengkel pembuatan seramik yang berlangsung di pekarangan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Bandar Jertih, Terengganu pada 18 Jun 2022 satu usaha terpuji dalam pemindahan ilmu antara pelajar dan komuniti setempat.
Program sehari yang dikendalikan oleh pensyarah Kursus Kimia Seramik UMT, Dr Mohd Al-Amin Muhamad Nor, memberi impak bermakna kepada komuniti yang menyertai bengkel tersebut.
Dr Mohd Al Amin (tengah) menunjukkan tanda bagus selepas hasil kerja peserta berjaya disiapkan
Pembelajaran yang bermula dari pengambilan tanah liat di lapangan, memproses, menerapkan tanah liat ke dalam acuan sehingga ke pembakaran satu kaedah yang perlu diamalkan dalam kerja pembuatan seramik.
Bengkel yang disertai 50 peserta termasuk pelajar dan
komuniti dalam kalangan ahli Kawasan Rukun Tetangga amat menarik kerana ia
disertai pelbagai golongan peserta pelbagai kaum.
Dr Mohd Al-Amin berkata, bengkel tersebut adalah lanjutan daripada bengkel pertama pada tahun 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan akibat negara dilanda pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah selepas dua tahun program tgersebut terbantut kali ini ia dapat dilaksanakan semula dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti,” katanya.
Menurutnya, peserta yang mengikuti program tersebut juga akan diberi peluang untuk meneruskan kerja-kerja bagi proses pembakaran seramik di bengkel UMT.
Seorang pelajar menunjukkan cara memasukkan tanah liat yang diproses ke dalam acuan
Sementara itu, Setiausaha KRT Bandar Jertih, Muhamad Hanif Mustapha berkata, pihaknya bangga dan menyambut baik usaha UMT mengadakan program pemindahan ilmi dalam bidang seramik kepada komuniti di daerah itu.
“Adalah diharapkan satu masa nanti akan ada ahli KRT yang menjadi usahawan dalam bidang seramik sekali gus dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah sumber ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya. - KitaReporters
Sebahagian hasil kerja membuat seramik oleh peserta bengkel pembuatan seramik