Video| Semoga berkekalan! 4 tahun menjanda, 2 tahun berkenalan! Vanidah Imran nikahi Arifabillah!

Published by
KitaReporters
Vanida dan Arifabillah sepakat untuk kembali membina rumah tangga. - Kredit foto: @luxurycapturephotography

SETELAH empat tahun menjanda dan dua tahun menjalin hubungan secara rahsia, akhirnya pelakon terkenal Vanidah Imran, lebih dikenali sebagai Vee, yang bakal berusia 49 tahun pada 1 Oktober 2022, menerima lamaran seorang jurutera dan jaguh silat sebagai suami

Arifabillah Idris, 43, seorang duda yang punya empat anak terpikat dengan sifat keibuan Vanida dan keupayaan hidup berdikari serta 5 tahun lebih tua. Arifabillah yakin Vanidah mampu menjadi ibu dan ibu tiri yang baik.

Lalu kesepakatan diperoleh dan akhirnya kedua-duanya disatukan pada majlis pernikahan di sebuah premis acara di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada jam 12.12 tengah hari pada Khamis, 7 Julai 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hidup perkahwinan


Majlis akad nikah dikendalikan pleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran. 

Majlis pernikahan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 50 tetamu merangkumi ahli keluarga dan teman rapat. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas rantai emas dan masing-masing berbalas dua dulang hantaran. 

Vanidah mengaku bukan mudah mengambil keputusan berkahwin semula setelah empat tahun hidup menjanda dan menjaga dua anak yang semakin membesar. 

"Sejujurnya, mereka yang rapat sahaja tahu mengenai hubungan saya dan suami. Ini termasuklah keluarga dan dua anak, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

"Teman rapat pun hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada antara mereka terkejut dengan berita ini, namun, pada masa sama, gembira dengan keputusan dibuat," ceritanya.


Arifabillah menyarung cincin ke jari Vanidah Imran. - Kredit foto: @luxurycapturephotography

Menguasai ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi, Arifabillah pernah meraih pingat perak dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) di Cheongju, Korea Selatan pada 2016.

Vanidah pula yang merupakan pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) pada 2007 dan Anugerah Skrin TV3 pada 2007 melalui filem ‘The Red Kebaya’.

Mementingkan pendidikan, Vanidah kemudian memberi tumpuan dalam pendidikan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hingga berjaya memiliki sarjana dalam bidang Seni Persembahan (Drama), Universiti Malaya (UM) dan berkonvo pada Mac 2022 lalu.


Vanidah mencium tangan suami dan berharap perkahwinan kekal ke akhir hayat. - Kredit foto: @luxurycapturephotography

Vanidah dan Arifabillah mula berkenalan sebagai kenalan biasa pada tahun 2016. Mengambil keputusan untuk berkahwin semula bukan perkara mudah memndangkan keruntuhan rumah tangga terdahulu.

Vanidah pernah berkahwin dengan pelakon dan pemuzik Rashidi Ishak pada Oktober 2000 dan mendapat dua cahaya mata Mikail Aimran serta Maryam Rashika dan bercerai pada Ogos 2018.

Namun hatinya terbuka untuk kembali berumah tangga dengan lelaki yang lima tahun lebih muda setelah berbincang dengan kedua-dua anaknya dan ayahnya yang sudah lanjut usia memberi restu.

Kini Vanidah ingin mengharungi alam rumah tangga bahagia kali kedua hingga ke akhir hayat sebagai isteri dan ibu dan ibu tiri kepada enam anak. - KitaReporters


11
10
0
19
0

Copy Link: