Video| Aokigahara: Hutan untuk bunuh diri Jepun! Tempat meragut nyawa paling popular di dunia

Published by
KitaReporters

Sumber carian internet


KECANGGIHAN teknologi dan kemajuan sesebuah negara ternyata tidak mampu menghalang daripada warganya untuk berfikir dengan lebih waras dan panjang.

Ini dapat dibuktikan bagaimana sebuah negara yang maju dikagumi dunia iaitu Jepun turut berhadapan dengan masalah yang lebih berat di celahan kemajuan negaranya iaitu kes peningkatan bunuh diri yang begitu ketara.

Bagaikan sebuah kisah komik, siapa sangka negara yang dipenuhi hutan metropolitan itu juga memiliki sebuah hutan belantara flora yang sering dipilih untuk menjadi tempat pembunuhan diri.


Lagi kisah-kisah misteri berkaitan bunuh diri

https://kitareporters.com/search?search=bunuh+diri



Menurut media antarabangsa CNN, hutan yang dikenali sebagai 'Aokigahara' itu merupakan salah satu tempat yang popular di dunia untuk aktiviti pembunuhan diri.

Lokasi ini popular berikutan keadaan hutannya yang subur dan tebal, sekali gus menyukarkan kerja-kerja pencarian mayat.

Papan tanda “Fikir tentang anak dan keluarga anda”  yang diletakkan di kawasan ini menjadi gambaran jelas betapa ramainya individu yang hadir ke kawasan berkenaan untuk membunuh diri sendiri.


Sumber carian internet


Terletak di kaki Gunung Fuji, Aokigahara ini juga dikenali sebagai Sea of Trees dan di pintu masuk hutan, terdapat papan tanda yang tertulis, “Kehidupan adalah anugerah yang tak ternilai” untuk mengingatkan pengunjung akan keburukan melakukan pembunuhan diri sendiri.

Menurut beberapa sumber yang mendakwa, statistik tidak rasmi kes pembunuhan diri di kawasan berkenaan mencecah lebih kurang 100 orang individu pada setiap tahun.

Antara cara paling kerap digunakan mereka untuk membunuh diri adalah melalui menggantung diri pada pokok yang terdapat dalam hutan berkenaan.


Sumber carian internet


Antara faktor lain yang menyebabkan ramai memilih ke kawasan hutan ini adalah faktor geografinya yang memiliki kedudukan pokok-pokok hutan yang tumbuh rapat-rapat sehingga menyukarkan pergerakan angin untuk bertiup dan masuk di kawasan ini. Memang sunyi dan seram. Ada yang percaya kawasan ini berhantu!!!


Sumber carian internet


Menurut kepercayaan sesetengah pihak, kawasan hutan ini dikatakan berhantu kerana roh mereka yang telah membunuh diri masih berlegar-legar di sini.

Walau begitu, kawasan hutan ini turut menjadi 'trend' sehingga menarik minat ramai pengunjung dan pelancong untuk melihat sendiri suasana yang menggerunkan itu. 

Selain pelancong, ada juga pihak berkuasa, ahli keluarga dan kumpulan sukarelawan yang masuk ke kawasan hutan ini untuk mencari mayat yang membunuh diri berkenaan.

Disebabkan keadaan hutan terlalu tebal, maka mereka yang masuk ke kawasan ini dinasihatkan untuk menanda jalan dengan menggunakan reben plastik bagi mengelakkan daripada sesat.


Sumber: CNN


Diandaikan ada yang tersesat di dalamnya, dikatakan amatlah sukar untuk meminta pertolongan kerana Aokigahara kaya dengan besi magnetik yang mengganggu servis telefon bimbit, kompas dan sistem GPS.

CNN pernah menemu ramah seorang lelaki pada tahun 2009 yang cuba membunuh diri di hutan itu. Lelaki tersebut mencederakan pergelangan tangannya lalu pengsan, namun diselamatkan oleh seorang pendaki.

Untuk mencegah perkara sebegini, pihak kerajaan telah memasang kamera keselamatan di pintu masuk hutan bagi menjejaki sesiapa yang masuk. 

Mereka juga telah melatih sukarelawan untuk memujuk mereka yang cenderung untuk bunuh diri di kawasan itu. Polis juga sering membuat rondaan di Aokigahara. - KitaReporters


3
5
0
0
2

Copy Link: