Jadi Duta Lancome! Neelofa mahu laku dakwah, 'jihad kecil'!
Published by
KitaReporters
--title--
SELEBRITI Noor Neelofa Mohd Noor lebih dikenali sebagai Neelofa, 31, berhasrat memperkembangkan pakaian wanita Muslimah berhijab ke peringkat antarabangsa setelah diterima menjadi duta rantau Asia Tenggara, jenama kecantikan antarabangsa Lancome dari Perancis. : KitaReporters
Neelofa berucap pada majlis pelantikannya sebagai duta bahagian Asia Tenggara produk jenama Lancome.
Lagi cerita-cerita mengenai Neelofa:
https://kitareporters.com/search?search=neelofa
Syarikat yang berpusat di Perancis itu memilih pengacara, pelakon dan usahawan ini sebagai dutanya setelah menjalani pemilihan yang ketat. Neelofa menyifatkan pemilihannya sebagai wanita bertudung merupakan peluang terbaik atau ‘jihad kecil’ kepada dunia untuk menghormati pakaian wanita Muslimah.
Neelofa mencuba salah satu produk kecantikan Lancome. Kredit foto: IG; lofa.world
Neelofa menggunakan alat mekap dan serum jenama Lancome, sejak lima tahun lalu dan tidak menjangka dipilih sebagai duta rantau Asia Tenggara melalui pemilihan yang ketat. Produk kecantikan ini menjadikan wajahnya lebih bercahaya dan kelihatan awet muda.
Dengan pemilihan itu Neelofa menggunakan kesempatan untuk turut berdakwah di samping mempromosi barangan kecantikan Lancome yang sudah berusia 85 tahun itu.
Menggunakan produk kecantikan Lancome membuat wajahnya bersinar dan kelihatan awet muda. - Kredit foto:IG lofa.world
Neelofa bukan sahaja menjadi wanita Malaysia pertama dipilih, malah yang lebih membanggakannya ialah menjadi wanita Islam berhijab pertama mempromosi produk kecantikan itu.
Bagi hos ‘Next To Neelofa’ ini, ia merupakan kesempatan mempromosikan pakaian Muslimah di mata dunia.
Neelofa menggunakan barangan kecantikan jenama Lancome sejak lima tahun lalu. - Kredit foto: IG: lofa.world
Bagi bekas hos program ‘MeleTop’ AstroRia ini, dia sudah lama mengidamkan untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna. Baginya, ia merupakan satu tugas yang besar yang perlu dijalaninya.
"Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk kecantikan ini, mereka akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021. Sebelum ini, mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga bakal diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura," ujarnya dalam majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta bahagian Asia Tenggara di ibu negara baru-baru ini.
Neelofa turut mempunyai jenama tudung atas namanya dan kini boleh dijual ke peringkat antarabangsa hasil kedudukannya sebagai duta produk kecantikan. - KitaReporters
1
0
0
0
0