Gambar hiasan... Pekerja yang bekerja dari rumah semasa 'total lockdown' PKP boleh ambil tindakan jika dapati majikan memotong cuti tahunan dan gaji mereka. - Kredit foto: freemalaysiatoday.com


MAJIKAN tidak boleh memotong jumlah cuti tahunan dan gaji pekerja yang bekerja di rumah sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau SPP (total lockdown) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat majikan yang mengambil tindakan sedemikian.

“Sebagai majikan, kita tidak boleh potong gaji dan cuti tahunan pekerja yang bekerja di rumah susulan pelaksanaan ‘total lockdown’. Tindakan boleh disyorkan ialah terlebih dahulu berbincang dengan pekerja untuk cari mekanisme terbaik.

“Perkara berkaitan satu kesalahan jika majikan memotong cuti tahunan dan gaji pekerja (kerja di rumah bagi tempoh ‘total lockdown’) telah pun MFF maklumkan kepada ahli-ahli seluruh negara.

“Sekiranya terdapat majikan yang berbuat demikian, pekerja boleh ambil tindakan dengan melaporkannya kepada pejabat buruh, Kementerian Sumber Manusia atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),” katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian, 4 Jun 2021.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan majikan memotong jumlah cuti tahunan dan gaji bagi pekerja yang bekerja di rumah bagi tempoh SPP semasa PKP. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
2
0
0
1

Copy Link: