Gambar hiasan... KPDNHEP kemas kini SOP sektor perdagangan pengedaran dan yang berkaitan susulan PKP 3.0 diperketatkan.


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengehadkan tempoh masa setiap pelanggan berada di semua premis peruncitan termasuk pusat beli belah kepada maksimum dua jam sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata had kapasiti pekerja bagi semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran serta kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan pula ditetapkan sebanyak 60 peratus.

“Pihak kementerian mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) sektor perdagangan pengedaran serta mengenakan beberapa sekatan berkuat kuasa  25 Mei 2021 di seluruh negara, susulan keputusan kerajaan memperketat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Bagi premis peruncitan termasuk pusat beli-belah yang tersenarai di bawah sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (Pengecaman Lokasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik atau HIDE) dan masih berisiko tinggi selepas penilaian risiko dibuat  oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditutup tiga hari bagi tujuan sanitasi.

"Semua pemain industri di bawah sektor perdagangan pengedaran diharapkan untuk memastikan SOP ditetapkan dapat dipatuhi sepenuhnya oleh pekerja dan pelanggan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan oleh Sinar Harian, 23 Mei 2021.

Tambah beliau, antara SOP dikemas kini ialah mewajibkan had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter per persegi.

Ujarnya lagi, KPDNHEP juga akan gerakkan 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP yang telah diperketatkan di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, restoran dan pengedaran. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
0
0
1

Copy Link: