Pencuri berhati mulia! Mengaku terdesak, mohon maaf! Pulangkan semula sebahagian barang dicuri!
Published byTulisan tangan daripada pencuri yang memohon maaf selepas keadaan mendesak sehingga memaksa dirinya mencuri.
SEORANG lelaki tidak menyangka barangan peribadi seperti komputer riba, kamera digital dan telefon bimbit miliknya 'pulang' semula ke pangkuannya selepas rumahnya digeladah masuk beberapa hari lalu.
Indris Ulfi Vianto dari Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia yang mengakui barangan berkenaan sangat penting kepada mereka sekeluarga seperti tidak percaya apabila tidak menyangka si pencuri sanggup mengembalikan barangan itu semula kepadanya.
Indris berkata, dia menerima semula kesemua barangan berkenaan yang dimasukkan ke dalam sebuah bungkusan kotak itu dan dihantar menggunakan perkhidmatan Gojek.
Malah, dalam bungkusan kotak itu turut terselit sepucuk surat daripada si pencuri berhati mulia!.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mencuri
Gambar yang dirakam menerusi CCTV ketika pencuri sedang menggeladah kediaman Indris di perumahan Sidoarjo, Jawa Timur
Menurut si pencuri itu, dia terpaksa bertindak menggeladah kediaman Indris kerana keadaan terdesak sehingga memaksa dia menjadi seorang yang bertangan panjang.
Malah pencuri berkenaan mengaku telah menjual menjual barang kemas milik isteri Indris berikutan keadaan terdesak berikutan terperangkap dengan hutang lama.
Namun si pencuri berjanji akan memulangkan semula sekiranya dia telah memiliki wang.
INDRIS Ulfi Vianto menunjukan surat yang dikirim oleh pencuri bersama barangan yang dicuri di rumah mangsa di Perumahan Pondok Jati, Taman, Jawa Timur pada 19 Oktober 2021. - kredit foto: Memorandum.co.id
Menurut Indris, kejadian kecurian barangan tersebut termasuk barangan kemas isterinya bernilai Rp3 juta (RM900) pada 18 Oktober 2021 ketika mereka sekeluarga keluar bekerja.
Bagaimanapun dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri selepas isterinya melihat barang kemas miliknya tiada dalam simpanan.
Mereka kemudian terus bergegas membuat laporan polis sebelum penyiasat membuat siasatan terhadap kediaman mereka.
“Namun selepas selesai membuat laporan laporan polis, saya terkejut kerana ada perkhidmatan penghantar barang menghantar bungkusan besar kepada saya sedangkan sebelum ini
saya tidak pernah membuat tempahan barang secara dalam talian.
"Namun, dalam keraguan saya tetap membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati komputer riba, kamera dan handfon milik saya yang hilang itu dihantar semula bersama sepucuk surat," kata Indris yang pelik bagaimana si pencuri itu mengetahui namanya.
Bagaimanapun barangan kemas milik isterinya tidak pulang balik sebaliknya pencuri mengaku telah menjual perhiasan berkenaan.
ANTARA barangan yang pulangkan kembali kepada Indris oleh pencuri terbabit yang berhati 'mulia'. - Kredit foto: detikNews.com
Antara isi kandungan surat itu:
"Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh
Mohon maaf Mas Indris
Sejujurnya saya tidak berniat mencuri
Tapi keadaan saya benar-benar tertekan
Sebenarnya saya terjerat pinjaman Online
Saya sampai sekarang sudah menyerah pada kehidupan ini
Ini saja yang bisa saya kembalikan
Yang tidak ada sudah terpakai membayar hutang
Jika suatu saat saya punya uang, pasti saya kembalikan
Tidak tahu nanti bagaimana caranya
Minta maaf yang sebesar-besarnya
Wassalamualaikum warahmatullahi
Wabarokatuh."
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taman, Kompol Hery Setyo Susanto mengesahkan kejadian tersebut dan berlaku kira-kira 10 pagi dan hasil pemerhatian daripada rakaman CCTV mendapati penjenayah berkenaan memasuki kediaman daripada bahagian dapur.
Menurut Hery, hasil siasatan polis berdasarkan rakaman CCTV di rumah mangsa mendapati pelaku yang hanya bersendirian dan memakai berbaju dengan seluar pendek berwarna hitam ketika memecah masuk kediaman berkenaan. - KitaReporters
SURAT yang ditulis oleh pencuri terbabit. - Kredit foto: Tribunnews.com