Berita Terkini| Suami dihadap ke mahkamah! Pukul isteri hamil sampai koma! Kepala, rusuk retak!
Published bySUSPEK dikawal ketat oleh anggota polis dalam keadaan bergari sebelum dibawa masuk Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk pendakwaan. - Kredit foto: Sinar Harian
LELAKI yang disyaki memukul isterinya yang hamil sehingga parah dan kini dalam keadaan koma tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira 9 pagi, Khamis, 17 Jun 2021.
Suspek, Rosmaini Abd Raof, yang tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan polis dalam keadaan bergari dikawal ketat oleh anggota polis dan kemudian dibawa masuk ke Mahkamah Majistret bagi proses pendakwaan.
Memetik laporan Sinar Harian pada Khamis, 17 Jun 2021, pendakwaan yang akan dikemukakan terhadapnya membabitkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan serta Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Pada Mei lalu, media melaporkan Jahidah Nordin, 43, cedera parah di kepala dan tengkorak, dengan rahang, tulang belakang serta rusuknya retak, kerana disyaki dipukul oleh suaminya di rumah mereka di Larkin pada 4 Mei 2021 lalu.
Jahidah yang hamil 15 minggu ketika itu merupakan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan berada dalam keadaan koma di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Polis kemudiannya mengedarkan gambar dan maklumat peribadi suspek yang bernama Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah serta bekerja sebagai peniaga.
Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
KEADAAN Jahidah Nordin dalam keadaan koma selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkorak dipercayai dipukul oleh suami sendiri.