Video| Majlis persandingan dibatalkan kerana PKP! Tular pasangan pengantin edar nasi kenduri!
Published byKERAJAAN mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bukan perlu (essential) atau 'total lockdown' (sekatan pergerakan penuh atau SPP) di seluruh negara.
Bukan itu sahaja, umum mengetahui semua orang yang ingin melangsungkan perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.
Rata-rata yang telah merancang untuk menjalankan majlis terpaksa menanggung rugi kerana sudah membayar deposit untuk majlis persandingan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Oleh sebab itu tular video TikTok pasangan pengantin sepatutnya membuat majlis, tetapi disebabkan PKP terpaksa ditangguhkan.
Pasangan suami isteri ini menarik perhatian ramai netizen apabila mengedarkan makanan yang sepatutnya dijamu pada majlis resepsi mereka kepada semua jiran tetangga.
Wanita yang dikenali sebagai Syifa dan pasangannya Aliff selamat diijabkabulkan pada bulan Mac 2021 lalu menurut mStar.
Sepatutnya majlis persandingan mereka adalah pada 29 Mei 2021 lalu, namun terpaksa dibatalkan kerana kes Covid-19 semakin hari semakin meningkat.
Pasangan ini mendapat idea yang sangat kreatif memandangkan mereka sudahpun membuat deposit katering sebanyak RM500, untuk elakkan duit itu rugi pasangan ini mengedarkan nasi kenduri kepada jiran-jiran, ahli keluarga terdekat dan sahabat.
Menurut Syifa, majlis yang dirancang ini dianggarkan menelan belanja lebih dari RM10,000. Namun disebabkan PKP, kos yang dibelanjakan adalah jauh lebih murah dan tidak mencecah RM4,000.
Katanya semua yang berlaku ini ada hikmahnya.
Syifa kini mengandungkan anak sulung dan duit lebih untuk majlis itu boleh digunakan untuk anak mereka yang dijangka lahir pada hujung tahun 2021 ini.
Bagi pasangan di luar sana yang ingin membuat majlis tetapi terpaksa dibatalkan disebab covid-19, bolehlah nak buat macam ini. - KitaReporters