MENJALANI tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana kerajaan sejak 18 Mac 2020 bukanlah perjalanan yang mudah, ramai keluarga yang terkesan. Bagi yang berpendapatan tetap mungkin tiada masalah, sebaliknya bagi yang mendapat upah atau gaji secara harian pasti membebankan. : KitaReporters

HASIL tanaman yang diusahakan sendiri orang kampung untuk dikongsikan bersama penduduk kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Kredit foto: FB Bosku Urang Kita Sabah.


Tetapi berbeza di sebuah kampung di pedalaman Sabah yang berkongsi rezeki dan berganding bahu sesama sendiri dalam menjalani ‘tempoh’ sukar ini dengan cara mereka sendiri.

Kebanyakan penduduk di Kampung Pogunon itu hanya menjalani kehidupan dengan membuat kerja kampung sebagai petani, jadi dengan pelaksanaan PKP pastinya meninggalkan kesan mendalam menyebabkan mereka tidak boleh keluar rumah untuk mencari rezeki.

PENDUDUK mempunyai kaedah sendiri dengan meletakkan barangan untuk disedekahkan di hadapan rumah tanpa memerlukan mereka berinteraksi sesama sendiri.


Namun dalam kepayahan sedemikian, mereka tetap memiliki hati suci dan saling mengingati antara satu sama lain bagi memastikan tiada keluarga tercicir sehingga terpaksa mengikat perut sepanjang tempoh PKP.

PENDUDUK dilihat menggantung apa sahaja hasil tanaman mereka di dalam plastik dan diletakkan di hadapan pagar atau kawasan rumah mereka untuk dikongsikan bersama penduduk lain tanpa memikirkan keuntungan. 


 Uniknya, mereka mengambil inisiatif untuk membantu satu sama lain dengan menyediakan keperluan asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan segar kepada setiap penduduk kampung yang memerlukan.

Kesemua barangan berkenaan adalah hasil tanaman yang diusahakan sendiri.

Kisah menarik yang menyentuh hati itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook Bosku Urang Kita Sabah pada 3 April lalu.

STRATEGI berkenaan turut dilihat bijak berikutan tanpa perlu berinteraksi sesama penduduk sebaliknya tindakan itu selari dengan saranan kerajaan. 


Hebat bah! Kagum sama kamu semua!!

Dalam perkongsian berkenaan, penduduk dilihat menggantung apa sahaja hasil tanaman mereka di dalam plastik dan diletakkan di hadapan pagar atau kawasan rumah mereka untuk dikongsikan bersama penduduk lain tanpa memikirkan keuntungan.

Malah, setiap barangan yang dikongsikan turut kelihatan nota kecil yang menyatakan ‘\"percuma satu rumah satu plastik, sila ambil".

Strategi berkenaan turut dilihat bijak berikutan tanpa perlu berinteraksi sesama penduduk sebaliknya tindakan itu selari dengan saranan kerajaan.

Perkongsian berkenaan disaksikan oleh 5,100 pengikut dalam Facebook dan mendapat pujian netizen yang menyokong kaedah berkenaan.

KEBANYAKKAN barangan yang diagihkan adalah hasil tanaman mereka sendiri.


Kesungguhan penduduk Kampung Pogunon dalam menyalurkan bantuan antara satu sama lain walaupun ketika PKP sangat memberi inspirasi dan teladan.

Kaedah yang diamalkan penduduk berkenaan menunjukkan secara jelas kita masih mampu membantu masyarakat dan golongan yang memerlukan walaupun sedang mengamalkan penjarakan sosial (social distancing).

Terbaiklah orang Sabah! KitaReporters

0
15
0
0
0

Copy Link: