Berita Terkini| Penipuan penjualan barang kemas! 37 kes dilaporkan! Barang kemas tidak wujud!

Published by
KitaReporters

 

ZAINUDDIN YAACOB


POLIS merekodkan sebanyak 37 kes penipuan penjualan barang kemas tidak wujud bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2021 ini dengan kerugian dianggarkan RM239,530, sekali gus antara kes penipuan tertinggi dilaporkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, angka itu kini hampir menyamai jumlah kes pada tahun 2020 lalu iaitu sebanyak 44 kes dengan nilai kerugian RM261,954.

“Berdasarkan statistik tahun 2019, kes dilaporkan sebanyak 21 kes babitkan kerugian berjumlah RM148,444 dan kemudiannya meningkat 23 kes pada tahun lepas (2020). Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun (2021) ini sahaja, sebanyak 37 kes telah direkodkan.

“Peningkatan jumlah kes dilaporkan ini harus ditangani dengan serius. Platform e-dagang semakin jadi pilihan pengguna kini ekoran pandemik Covid-19 namun perkembangan mewujudkan jenayah penipuan penjualan barangan tidak wujud.

“Pembeli dinasihatkan sentiasa berhati-hati sewaktu urusan pembelian barang kemas secara dalam talian dan jangan mudah terpedaya atau percaya dengan tawaran harga lebih mudah berbanding pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media pada 8 April 2021.

Tambah beliau, buat semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk pastikan akaun terbabit pernah terlibat kes penipuan atau tidak sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: