KESELAMATAN anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa bagi melindungi anak mereka itu sendiri, bukannya membahayakan lagi nyawa mereka

Tetapi baru-baru ini, tular dalam Twitter video kanak-kanak dilihat sedang melompat-lompat berseorangan di bahagian belakang sebuah kenderaan pikap (pickup) milik ibunya. Keadaan demikian akan mengundang bahaya sekiranya dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kanak-kanak


Apa yang lebih mengejutkan, kanak-kanak ini dilihat duduk di bahagian belakang kereta  tersebut  bersendirian. Lebih menakutkan kelihatan dia melompat-lompat tanpa memikirkan keselamatan diri.

Aduhaiiiii... bahaya tu dik!

Video ini telah mendapat perhatian ramai netizen dan mereka berasa geram dan marah akan tindakan ibu bapa kanak-kanak ini yang tidak memikirkan kesan panjang daripada perbuatan diri mereka sehingga mengundang bahaya kepada anaknya sendiri

Tindakan ibu bapa kanak-kanak ini bukan hanya membahayakan nyawa kanak-kanak ini, namun turut memperjudikan nyawa pengguna kereta lain dengan tindakan mereka. 

Jadi sebagai ibu bapa, sebelum melakukan sesuatu perkara itu, fikir juga keselamatan anak- anak anda. Elak jadi kejadian buruk dan ketika itu tidak guna untuk meraung lagi! . - KitaReporters





13
9
0
11
0

Copy Link: