Berita Terkini| Lagi amaran! Polis periksa rumah ramai tetamu pada Aidilfitri! Tambah rondaan
Published byGambar hiasan... Rondaan dan pemantauan akan dipertingkatkan polis pada Hari Raya Aidilfitri nanti. - Kredit foto: FB Polis Sarawak
POLIS Sarawak
akan tingkatkan rondaan dan pemantauan di taman perumahan serta kawasan kampung
di negeri berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tiada yang berkumpul menyambut
perayaan itu.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sekali gus memastikan masyarakat
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung
penularan Covid-19.
“Pihak polis tidak hanya akan tingkatkan rondaan tetapi juga turut membuat pemeriksaan sekiranya didapati ramai yang berkumpul di sesebuah rumah.
"Langkah ini bukan baharu kerana tindakan sama telah pun dijalankan sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu (2020) dan begitu juga dengan perayaan-perayaan lain," katanya yang dipetik oleh Berita Harian, 26 April 2021.
Pada Rabu, 21 April 2021 lalu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar, menegaskan polis akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah pada perayaan Aidilfitri bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.
Tindakan itu ekoran kemungkinan ada yang cuba meloloskan diri dengan melakukan rentas negeri untuk beraya di kampung halaman masing-masing.
Sementara
itu, JPBN Sarawak tidak membenarkan pergerakan antara zon di negeri ini
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang
dikuatkuasakan sehingga 10 Mei depan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter