Demi Hari Malaysia! 800 pemuda sertai himpunan bermotosikal!
Published byPERSEMBAHAN ala “stuntman” seorang peserta menarik perhatian ribuan penonton dan peserta program Himpunan Bermotor Kota Putera 2020 apabila aksi menunggang motosikal tersebut mendebarkan orang ramai. Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Gaban berjaya mempamerkan kehebatan dengan aksi menarik sebanyak dua kali sempena perhimpunan motosikal terbesar di negeri ini. : KitaReporters
Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Gaban berjaya mempamerkan kehebatan dengan aksi menarik sempena perhimpunan terbesar di negeri ini.
Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut, Terengganu itu sempena sambutan Hari Malaysia Ke-57 pada 16 September 2020.
Acara penuh meriah itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri., Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.
Pemilik-pemilik vespa klasik tidak ketinggalan menyertai Himpunan Bermotosikal di Pantai Air Tawar, Besut sempena Hari Malaysia
Program sehari di Pantai Air Tawar, Besut itu turut menyajikan pelbagai pengisian bagi seluruh lapisan masyarakat setempat, antaranya pertunjukan silat, dikir barat dan Forum Perdana bersama Ustaz Haslin Baharim.
ADUN Kota Putera Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman
Mohd Nurkhuzaini yang juga ADUN Kota Putera berkata, program itu dianggap berjaya walapun erhimpunan bermotor diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana anak-anak muda lebih perlukan pengisian.
Sebahagian remaja yang menyertai Himpunan Bermotosikal di Pantai Air Tawar, Besut
Katanya, "objektif kita adalah untuk melihat anak muda dari perspektif Islam. Kita beri peluang untuk mereka beraktiviti bersama kita supaya kita cakna dan dengar pendapat mereka dalam program ini yang kita selitkan dengan pengisian seperti tatacara mengambil wuduk dengan air yang terhad di lokasi perhimpunan."
Peserta menunaikan solat asar berjemaah di Dataran Pantai Air Tawar, Besut
“Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 20 penaja dan kelab bermotosikal tampil memberikan sokongan melalui penyertaan dan penajaan,” katanya.
Katanya, pada asalnya, "kita sasarkan bawah 500 pendaftaran peserta bermotor, tetapi dimaklumkan lebih 800 peserta telah hadir memeriahkan program tersebut."
Gelagat penonton melihat aksi peserta bermotosikal
Beliau berkata, menerusi perhimpunan itu peserta sebahagian besar anak muda menunjukkan sikap dan disiplin yang baik kerana selain mereka bermotosikal dalam masa sama mereka juga melakukan kerja-kerja amal berkonsepkan Islam dan tidak sebagaimana gambaran sesetengah pihak apabila melihat pemuda bermotosikal maka dianggap sebagai “mat rempit”. - KitaReporters