Video| Wanita mengamuk, naik atas bonet kereta! Jumpa abang bersama wanita selingkuh dalam kereta!

Published by
KitaReporters


DEMI keutuhan serta menyelamatkan rumah tangga kakak iparnya, seorang wanita di Sumatera Selatan, Indonesia sanggup mengamuk dan naik di atas bonet sebuah kereta selepas mendapati abang kandungnya yang juga seorang anggota polis berduaan dengan wanita selingkuhnya pada 26 April 2022 lalu. 

Wanita terbabit yang merupakan adik kandung kepada anggota polis itu bertindak demikian akibat marah selepas dia dan kakak iparnya (isteri polis) tersempak kedua-dua pelaku itu sedang berduaan di dalam keretanya di Jalan Yos Sudarso, Kelurahan Watervang, Kecamatan Lubuklinggau Timur 1.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gejala berselingkuh



Dalam kejadian pada waktu petang baru-baru ini, sebelum kejadian itu, wanita berkenaan dan kakak iparnya dikatakan sudah mencari anggota polis itu di merata tempat di kawasan tersebut sebelum mereka terjumpa kedua-dua pelaku berada di dalam kereta di jalan berkenaan.

Viral sebuah video tentang pergaduhan antara wanita itu dan isteri anggota polis berkenaan dengan wanita selingkuh suaminya dalam media sosial.

Dalam video tersebut memperlihatkan seorang wanita (adik polis) yang memakai baju kuning berada di atas bonet kereta dan seorang wanita berbaju hitam (isteri polis) cuba menghalang pergerakan kereta tersebut yang berwarna merah.

Turut kelihatan pada video itu ialah wanita itu bersama kakak iparnya mengatakan sesuatu kepada seseorang yang berada di dalam kereta dengan wanita lain dipercayai selingkuh anggota polis terbabit.

Sehingga 28 April 2022 lalu, video itu telah ditonton lebih 921 ribu oleh netizen dan pelbagai komen.



Anehnya, wanita itu sanggup mengamuk disebabkan abangnya curang terhadap isterinya yang sepatutnya kemarahan itu dilakukan isterinya sendiri sewaktu bertemu suaminya bersama wanita lain di keretanya. 

Mungkin wanita itu bersimpati dengan nasib kakak iparnya atas perbuatan abangnya yang tidak jujur terhadap isterinya. 

Tribunnews.com dipetik melaporkan, berikutan dengan kejadian itu, anggota polis terbabit tetap menghidupkan injin kenderaannya dan berjalan sejauh beberapa meter walaupun adik kandungnya berada di atas bonet keretanya. 

Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu telah menasihat serta memujuk wanita itu supaya turun dari bonet kereta abangnya yang boleh membahayakan keselamatan dirinya jika kereta itu bergerak dengan laju.


 


Sementara itu, Ketua Polis Lubuklinggau, AKBP Harissandi berkata pihaknya telah menyiasat kejadian itu selepas video itu viral dalam media sosial

Beliau mengesahkan lelaki terbabit adalah anggotanya yang bertugas di balai polis Lubuklinggau

“Iya lelaki yang terdapat dalam video itu adalah anggota kami dan wanita yang memakai baju berwarna kuning ialah adik lelaki itu manakala isterinya memakai baju hitam.

“Sebelum kekecohan, anggota polis itu dijumpai berada di dalam keretanya bersama wanita lain. Ketika dia cuba melarikan dirinya, adiknya telah menghalang dengan menaiki atas bonet kereta lelaki itu,’’ katanya. - KitaReporters


14
11
4
14
2

Copy Link: