Video| Mengintai Dari Tirai Kamar top di Indonesia! Saari Amri ubah jadi Buih Jadi Permadani!
Published byPenyanyi asal lagu Buih Jadi Permadani ialah kumpulan Exists menerusi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar. - Kredit: IG @existsband
TIBA-TIBA saja nama kumpulan Exists menjadi tular dalam kalangan peminat muzik Indonesia. Nama Exists menjadi bualan hangat masyarakat Indonesia kerana lagu dendangan Ezad Lazim yang berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi lagu top masa kini di Indonesia.
Menyedari mendapat permintaan tinggi dari negara jiran, komposer dan penulis lirik Saari Amri itu mengubah lagu berkenaan dengan sedikit perubahan dengan judul Buih Jadi Permadani yang dipetik daripada salah satu baris lirik lagu asal.
Lagu Mengintai
Dari Tirai Kamar merupakan salah satu lagu yang terdapat dalam album studio
keempat Exists, Jangan Gentar yang diterbitkan pada 1997.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan lagu
Lagu Buih Jadi Permadani mula menjadi perhatian selepas Nabila Maharani Widyadewi menerusi saluran YouTube Nabila Suaka memuat semula lagu dendangannya bersama Zinidin Zidan, pada 22 Oktober 2021 lalu hingga berjaya ditonton lebih 45 juta kali.
Wow! terbaiklah...
Suara Zinidin Zidan dan Nabila Maharani yang bergandingan mendendangkan lagu Buih Jadi Permadani mendapat pujian ramai. - Kredit foto: IG@nabilaamw
Menerusi saluran YouTube Nabila Suaka, jumlah penonton di luar jangkaan.
Selain Nabila dan Zinidin, beberapa penyanyi popular Indonesia turut menyanyikan semula lagu Exists dan memuat naik di saluran YouTube masing-masing.
Antaranya Ian Kasela pada 29 Oktober 2021 (478,367), Charley Van Houten (vokalis ST12) sejak 15 Oktober 2021 (3,305,709), Decky Ryan sejak 4 Mei 2021 (958,903), Adlani Rambe sejak 18 November 2021 (768,877) dan Rheka Restu dalam tempoh tiga hari saja berjaya mengumpul penonton 179K.
Manakala Harry Parintang yang memuat naik suaranya menerusi lagu Buih Jadi Permadani sejak 15 Oktober 2020 telah kumpul penonton sehingga lebih 14,140,868.
Sementara
itu, Saari dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube
Saari Amri Official melahirkan rasa teruja dengan sambutan luar biasa peminat Indonesia
terhadap karyanya.
“Saya sebenarnya merasa amat kagum dan terharu dengan sokongan lagu Buih Jadi Permaidani, yang dinyanyikan oleh masyarakat Indonesia yang begitu menggemari karya-karya saya.
Saari Amri terharu karyanya mendapat sokongan daripada peminat di Indonesia. - Kredit foto: Berita Harian
"Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda untuk lagu itu. Kalau di Malaysia, lagu itu Mengintai dari Tirai Kamar.
“Untuk selera peminat di Indonesia sedikit liriknya ditukar. Apa pun saya amat berterima kasih kepada penyanyi-penyanyi Indonesia yang boleh terima hasil karya saya. Zinidin dan penyanyi wanita, Nabila memang lunak merdu.
“Saya sendiri agak teruja dengan kelunakan suara mereka, menjadikan lagu yang dibawa itu memiliki aura tersendiri," ujarnya.
Malah komposer terkenal itu mendedahkan beberapa karyanya mendapat tempat di hati peminat di jiran itu antaranya Suara Hatiku, dendangan Allahyarham Nike Ardila; lagu Slam, Gerimis Mengundang; dan Exists Buih Jadi Permadani.
"Terima kasih banyak-banyak kerana senang dengan karya saya. Selamat terhibur,” ujar komposer kelahiran Kelantan itu. - KitaReporters