Video| Jalan berlopak dijadikan kolam ikan keli! Penduduk protes selepas 4 tahun tiada tindakan
Published bySebahagian penduduk melakukan protes kepada pihak berkuasa tempatan untuk meminta dibaiki jalan yang semakin teruk kerosakannya. - Kredit foto: Tribun Bogor.
SUDAH empat tahun penduduk di Jalan Warung Loa, Desa Sukajaya, Kecamatan Tamansari, Bogor, Jawa Tengah mengalami jalan berlubang sepanjang kira-kira 100 meter dan sedalam lebih setengah meter.
Kerosakan jalan itu semakin teruk dengan motosikal terpaksa mengikut jalan di bahagian tepi yang tidak begitu teruk terhakis tetapi cukup sempit. Ia semakin serius apabila berlaku hujan lebat.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jalan berlubang:
https://kitareporters.com/search?search=jalan+berlubang
Disebabkan lubang di jalan itu semakin luas dan dalam sekumpulan anak muda menggunakan jalan berlubang itu sebagai kolam bagi memelihara ikan keli.
Setelah beberapa bulan dipelihara, ikan-ikan keli itu semakin membesar dan boleh diambil untuk dimakan penduduk setempat.
Kerana sudah bertahun-tahun masalah jalan berlubang besar itu tidak dipandang serius pihak berwajib, menyebabkan penduduk kawasan itu membuat demo dan protes pada Jumaat, 19 Mac 2021.
Ada penduduk yang membakar tayar terpakai dan sebahagian lagi berenang dalam jalan berlopak itu untuk menangkap ikan keli pelbagai saiz termasuk yang berukuran jumbo.
Protes penduduk itu tular berkenaan jalan bertukar menjadi kolam keli itu mendapat liputan beberapa media utama.
Apa yang dialami penduduk di Bogor ini juga pernah dan boleh berlaku di tempat-tempat lain.
Ia memerlukan pihak berkuasa tempatan bersikap proaktif dalam memerhatikan kemudahan rakyat sentiasa dalam keadaan baik. - KitaReporters