Berita Terkini| 20 tan serbuk tanah liat Clay A1 dari India dirampas Maqis! Tiada permit sah!

Published by
KitaReporters


SEBANYAK 20 tan serbuk tanah liat jenis ‘Clay A1’ dari India yang cuba dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit import sah berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang pada 4.30 petang, 9 April 2021. 

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan, produk itu dirampas dalam sebuah kontena dari India sewaktu pihaknya menjalankan  pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT). 

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi serbuk tanah liat yang dimuatkan di dalam 800 beg seberat 25 kilogram (kg) bagi setiap beg dengan anggaran nilai RM4,336.64. 

“Kegagalan kemukakan dokumen import permit yang sah bagi pengimportan tanah liat satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama. 

“Jika sabit kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media pada 10 April 2021. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: