Video| Nak hadiah motosikal? Pastikan jangan miss solat fardu berjemaah di Masjid Al Hijrah!
Published byPurwanto menyerahkan motosikal baru kepada salah seorang pemenang. - Kredit foto: TribunSolo.
Masjid Al Hijrah menawarkan hadiah motosikal bagi mereka yang bersolat setiap lima waktu di masjid itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid
Salah seorang penerima hadiah motosikal (kiri). - Kredit foto: TribunSolo
Program ini dimulakan sejak setahun setengah lalu dan dianjurkan setiap tiga bulan.
Menurut pengurus masjid, Purwanto, dia sendiri akan memilih pemenang kerana dia lebih mengetahui siapa yang solat setiap waktu di masjid itu.
Masjid Al Hijrah asalnya surau peribadi yang dinaik taraf. Ia bermula sebagai surau pada 1998 dan direnovasi menjadi masjid pada tahun 2017.
Masjid ini milik jutawan Wong Solo Group, Puspo Wardoyo yang membiayai keseluruhan belanja pengurusan rumah Allah ini.
Hadiah solat berjemaah dicatat pada motosikal.
Menurut Purwanto, hadiah-hadiah itu diberi sebagai galakan untuk orang ramai bersolat jemaah di masjid.
Setakat ini, sejumlah 18 motosikal sudah dihadiahkan. Dan jumlah dan jenis hadiah akan ditambah mengikut perkembangan semasa.
Selain hadiah itu, Masjid Al Hijrah turut memberikan sumbangan makanan asas kepada golongan tidak mampu.
Menurut Purwanto kepada TrIbun Solo, masjid ini memberi 500 kotak makanan percuma untuk jemaah selepas solat Jumaat. - KitaReporters