Video| Alamak, ada serupalah! Dikshita jadi Shah Rukh Khan! Hebatnya transformasi solekannya!
Published byPERANAN jurusolek amat penting untuk mengubah wajah seseorang atau mencipta sesuatu watak dalam pembikinan drama atau filem.
Jurusolek turut berperanan ketika menatarias pengantin agar kelihatan lebih cantik daripada rupa asal.
Pokoknya bidang solekan merupakan seni yang bukan sahaja bergantung kepada kemahiran sendiri, sebaliknya perlu dipelajari secara profesional.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jurusolek
/
Rupa Dikshita tak ubah seperti wajah SRK. - Kredit foto: India. com
Seorang jurusolek wanita bernama Dikshita Jindal di New Delhi, India mengagumkan warganet dengan kemahiran dan bakatnya yang mampu mengubah diri menjadi seorang selebriti wanita atau lelaki menerusi teknik solekan.
Dalam video yang tular, Dikshita dilihat mengubah dirinya menjadi ‘Raja Bollywood’ Shah Rukh Khan (SRK) dengan hanya menggunakan alat solek tertentu.
Pada permulaan video, Dikshita menunjukkan gambar SRK yang tampan mengenakan sut tuksedo. Dia kemudian mula menyolek wajahnya dengan kontur, asas dan teknik solekan yang berbeza.
Pada akhir video, wanita ini menunjukkan hasil kreativiti bakatnya di mana wajahnya saling tidak tumpah seperti SRK dengan muzik iringan lagu ‘Chammak Challo’.
Menurut India.com, video itu memukau netizen yang sukar percaya dengan perubahan luar biasa itu. Ramai yang kagum Dikshita dan memenuhi ruangan komen dengan komen pujian kepada jurusolek itu.
Sehingga kini dia telah melakukan tranformasi untuk dilihat menyerupai 20 selebriti India. - KitaReporters