Video| Elak suami selingkuh! Isteri pertama izinkan poligami! Kahwini kekasih jadi isteri kedua
Published byCHANDRA memberi barangan hantaran kepada Lisna selepas selesai akad nikah di rumah pengantin wanita baru-baru ini. - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra
BAGI kaum wanita berkongsi kasih sayang seorang suami atau hidup bermadu amatlah pahit bagaikan hempedu dan seboleh-bolehnya kaum wanita itu tidak akan menbenarkan serta merestui dengan hati yang suci supaya suaminya berkahwin lagi dengan perempuan lain.
Bayangkanlah, andai kata suami tersayang berkahwin dengan wanita lain sudah pasti perasaan hati sang isteri sentiasa terguris kerana mungkin kasih sayang suaminya terhadap dirinya tidak sepenuh hati lagi yang terpaksa dikongsi bersama wanita lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami
FITRI (kanan) bergambar bersama Lisna (kanan) di majlis pernikahan Lisna bersama Chandra. - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra
Namun dari segi perkahwinan, kita mungkin merasa kagum dengan seorang isteri di Ciamis, Jawa Barat, Indonesia bukan sahaja mengizinkan suaminya bernama Eddys Chandra untuk bernikah dengan wanita lain bagi mengelak suaminya berterusan melakukan perbuatan maksiat.
Malah, wanita yang bernama Fitri itu membenarkan suaminya bernikah dengan isteri keduanya bernama Lisna Susanti selain dia turut membantu suaminya mengurus borang poligami di pejabat pengadilan agama.
Selain itu, Fitri juga turut membuat gubahan barangan hantaran suaminya untuk isteri kedua itu serta dia hadir sama pada majlis pernikahan tersebut.
CHANDRA tetap mesra dengan Fitri meskipun suaminya sudah berkahwin dengan isteri yang kedua. - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra
Viral sebuah video dalam media sosial TikTok yang dimuat naik oleh akaun @fitrimchandra tentang seorang wanita yang membantu suaminya berpoligami sehingga pernikahan dengan isteri kedua itu selesai tanpa sebarang masalah.
Pada video berkenaan dikatakan sang suami meminta keizinan dengan isterinya untuk bernikah dengan isteri keduanya.
Tribunnews.com pada 24 Mac 2022 melaporkan bahawa wanita itu juga turut menguruskan barang dan wang hantaran suaminya untuk Lisna.
LISNA SUSANTI - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra
Sehingga 24 Mac 2022, video tersebut telah ditonton
seramai 8.8 juta kali di samping ia disukai lebih 466 ribu pengguna Tiktok.
Fitri menceritakan bahawa suaminya mula menjalin hubungan cinta dengan Lisna sejak 2019 lalu.
Bagaimanapun, katanya, Chandra telah memutuskan hubungan dengan Lisna selepas dia mengetahui perselingkuhan mereka berdua bukan satu rahsia lagi.
WANG hantaran yang digubah oleh Fitri untuk suaminya bernikah dengan isteri kedua. - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra
“Tahun 2019, suami saya selingkuh dengan dia (Lisna). Setelah
saya ketahui, suami saya lost contact sama dia selama kurang satu tahun lost
contactnya,” ujar Fitri kepada Tribunnews.com.
Namun, kata Fitri, pada awal 2021 Chandra kembali menjalinkan semula hubungan dengan Lisna ketika itu dia sedang mengandung tujuh bulan.
FITRI bersama Lisna ke pejabat pengadilan untuk menguruskan poligami suaminya. - Kredit foto : TikTok @fitrimchandra
“Selama dia selingkuh, rumah tangga saya baik-baik aja, gak
ada problem apa pun, suami saya baik banget dan gak ada kejanggalan,” katanya.
Kemudian selepas Fitri bersalin Chandra sentiasa mengambil tahu dan memberi perhatian terhadap dirinya dan akan-anak .
Selanjutnya, Fitri mengaku bahawa dia pernah bergaduh dengan suaminya menyebabkan Chandra tidak pulang ke rumah.
LISNA (kiri) dan Fitri (kanan) semasa berada di pejabat pengadilan untuk urusan poligami suaminya. - Kredit foto : TikTok @fitrimchandra
Akibat pergaduhan itu, Fitri memberitahu kedua-dua bapanya dan
bapa Chandra supaya mengizinkan suaminya berkahwin dengan Lisna tetapi mereka
tidak setuju.
“Walaupun kedua ibu bapanya tidak setuju tetapi saya tetap mengizinkan dengan hati yang berat supaya dia bernikah secara sah dengan Lisna agar mereka tidak melakukan perbuatan zina berpanjangan.
"Di hati saya ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati saya untuk membenarkan suami menikah dengan wanita lain semata-mata bagi mengelakkan mereka melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama,” katanya lagi. - KitaReporters
ANTARA Fitri (kiri) dan Lisna (kanan) yang merupakan dua wanita menjadi isteri Chandra yang boleh hidup aman damai tanpa bergaduh. - Kredit foto: TikTok @fitrimchandra