Video| Licik! 4 penyanyi realiti bergabung demi Suara Licik!
Published byEMPAT penyanyi ini, Black, Hazama, Tomok dan Akim lahir daripada program realiti. Tidak hairanlah apabila mereka disatukan dalam pentas berjudul ‘Konsert 4G’s’ yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya. Tetapi akibat Covid-19 ia terpaksa ditangguhkan. Terbaharu, khabarnya konsert dijadualkan pada 11 dan 12 Disember 2020. Jadikah agaknya? : KitaReporters
Dari kiri: Black, Akim, Hazama dan Tomok.
Lagi kisah-kisah berkaitan konsert:
https://kitareporters.com/search?search=konsert
Sudah tentu segala perancangan itu bergantung kepada situasi semasa negara yang masih berdepan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih berkuat kuasa.
Apa pun yang pasti terjadi, keempat-empat artis popular ini sudah pun bergabung dalam sebuah rakaman lagu baharu berjudul ‘Suara Licik’ terbitan dan ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali.
Wah! Bagaimana agaknya ‘Suara Licik’ yang diperdengarkan Black Hanifah, Shah Indrawan ‘Tomok’, Afiq Hakim Ahmad dan Hazama Ahmad Azmi ini?
“Sepatutnya, lagu ini kami persembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 ia terbatal, “ ujar Tomok, 36, sambil melahirkan rasa terujanya apabila mendapat tahu Konsert 4G’s sudah mempunyai tarikh baharu.
“Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” ulas Juara Musim ke-3 rancangan realiti Mentor ini.
“Rakaman lagu ini sangat unik dan liriknya sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain. Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baharu yang dinyanyikan bersama. Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat,” sambung vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad.
Malah pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke-7 ini turut rasa amat gembira dapat menyanyi dan merakamkan lagu bersama tiga rakan seperjuangan lainnya.
“Kebetulan ketika kami nak adakan konsert, kami perlukan satu lagu baharu yang dinyanyikan bersama, jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat yang bakal hadir pada Konsert 4G’s di Istana Budaya nanti,” tambah suami kepada penyanyi Stacy Anam berusia 29 tahun ini.
Mengakui merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa padanya waima masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri.
“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” tambahnya.
Senada dengan Akim, Black, 32, tidak ketinggalan rasa gembira dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membin nama dalam industri hiburan muzik melalui program realiti.
“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert yang dijadualkan bulan Disember ini, “ ujar Juara musim ke-3 Mentor ini sambil bersyukur Konsert 4G’s mendapat tarikh baharu.
Lagu ‘Suara Licik’ sudah boleh didengar melalui semua platform digital muzik manakala video liriknya di saluran YouTube Nova Music Videos. - KitaReporters