Piala Futsal Malaysia 2022: Selangor MAC, Selangor TOT United sama hebat! Seri 6-6! Separuh akhir 1
Published bySelangor MAC dan Selangor TOT United terpaksa berpuas hati setelah perlawanan separuh akhir pertama Piala Futsal Malaysia (MFC) Cuckoo 2022 berkesudahan dengan keputusan seri 6-6 antara kedua-kedua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Panasonic di Shah Alam, Selangor.
Selangor MAC yang turun dengan reputasi selaku pasukan pilihan bermula garang sehingga pada satu masa meninggalkan TOT United jauh ketinggalan namun mereka berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan memberi peluang untuk kedua-dua pasukan membaiki kembali dalam memburu slot ke perlawanan akhir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan futsal
Kredit Foto: FB FAM
Pujian perlu diberikan kepada pasukan TOT United apabila tidak mudah mengalah dalam usaha mencari gol demi gol biarpun ketinggalan.
Keputusan seri ini juga membolehkan peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan dan sudah pasti separuh akhir kedua nanti akan berlangsung lebih sengit dan tekanan sudah pasti berada di pasukan Selangor MAC kerana mereka pasukan pilihan untuk ke perlawanan akhir.
Enam jaringan Selangor MAC hadir dari Firdaus Ambiah pada minit ke-7, Matheus Silva Vasconcelos ke-8, ke-22, ke-26, Fariq Mohammad ke-9 dan Akmal Yazadh Amri ke-26.
Manakala jaringan TOT United pula dari Hazizi Mansor ke-9, Aidil Shahril Rosli ke-12, Shamsuri Saleh ke-24, Nurasyraaf Azle ke-29, Anton Cahyo Nugroho ke-33 dan Azlan Nasti Azwar ke-34.
Dalam perlawanan ini juga berlangsung dengan beberapa kekasaran tidak diingini hingga pengadil terpaksa melayangkan tiga kad merah kepada dua pemain Selangor MAC dan seorang pemain TOT United.
Biarpun berlaku sedikit situasi tegang namun pengadil berjaya mengawal keadaan untuk membolehkan perlawanan kembali berlangsung dengan tenang. - KitaReporters
Kredit Foto: FB FAM