Berita Terkini| Polis terima laporan murid dipukul guru! Guna pembaris! Tak siap kerja sekolah!

Published by
KitaReporters

KESAN  kecederaan dipercayai dipukul oleh guru menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. - Kredit Foto Facebook @Norfairnani Emran


POLIS Kedah mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah yang didakwa dipukul oleh gurunya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 32 tahun.

“Wanita berkenaan mendakwa semasa mengambil anaknya di sekolah pada jam 1 petang, dia mendapati lengan kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anak yang berusia sembilan tahun itu mengalami kecederaan.

"Mangsa memaklumkan gurunya yang memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah," katanya dalam satu kenyataan media di Alor Setar, Jumaat 23 April 2021.

Ahmad Shukri berkata, proses siasatan masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular kenyataan wanita tersebut dalam Facebook apabila mendakwa guru terbabit memukul anaknya dengan pembaris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir. - Kredit Foto Utusan Malaysia.

9
6
47
3
12

Copy Link: