DUDUK DI RUMAH! PULIHKAN HUBUNGAN FAMILI!
Published byRenungan
Menulis dari jiwa.
Banyak yang difikir
Saat badan di rumah
Hati entah ke mana-mana
Melayang jauh
Teringat ibu bapa
Teringat pejabat
Teringat kampung
Teringat anak di asrama
Semua terakam dalam minda. Keadaan tidak memihak kepada kita.
Tapi kita boleh membetulkan keadaan.
Kita boleh susun jadual hidup lebih kemas.
Keadaan kadang mengajar kita lebih bertanggungjawab.
Lebih menghargai keluarga dan masa.
Lebih yakin dengan kemampuan dan kebolehan.
Jika dahulu asyik hendak beli makanan luar sekarang sudah pandai masak.
Kalau dahulu selalu makan di luar, sekarang sudah selesa di rumah.
Jika dahulu susah hendak berbual dengan anak-anak, sekarang 24 jam di hadapan mata.
Kalau dahulu menonton TV sorang-sorang, sekarang kerusi ruang tamu penuh dengan penonton.
Semuanya kerana keadaan.
Allah gerakkan kita untuk berubah dengan cara yang cukup unik.
Kita yang tidak sedar.
Tapi kita terkesan dengan apa yang berlaku.
Suasana rumah jadi ceria.
Sunyi berganti gembira
Walau penat melanda
Jelas sekali rasa bahagia
Dipandang secara positif buat kita terfikir.
Selama ini kita abaikan tanggungjawab.
Kita lupa yang kita ada keluarga yang perlukan perhatian.
Perlu didikan dan kasih sayang
Perlu sentuhan dari hati, bukan sekadar pemerhati.
Ingatlah...
Ketika diuji kita perlu muhasabah diri.
Kita perlu ingat masa silam
Apa yang kita buat dan belum
Cukupkah amalan dan ibadah
Sempurnakah hidup sebagai hamba-Nya
Ada masa kita perlu bersifat tegas untuk menjadi berani.
Ada ketika kita berlembut supaya kita ada perasaan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita.
Ada masa kita berfikir bagaimana kita harus bersikap perhatian terhadap orang lain.
Setiap manusia ada karekternya sendiri.
Mereka akan selalu mendidik kita dengan karekter masing-masing tanpa kita sedar.
Bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan dan terimalah setiap orang dalam hidup kita dengan positif.
Terimalah juga keadaan yang mematangkan kita sebagai hamba Allah yang tidak sempurna tetapi berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya. Aamiin.
❤️🌹Allah tidak pernah keliru mempertemukan kita dengan siapa pun, hanya kita yang perlu menilai bagaimana cara kita menerima pertemuan itu.❤️🌹 - KitaReeporters