Janda muda meninggal selepas berasmara dengan kekasih di hotel! Mangsa kejang, mulut berbuih!
Published bySEORANG janda muda, EN dilaporkan meninggal dunia selepas berasmara dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Pabuaran, Subang, Jawa Barat pada 25 Jun 2021. - Kredit foto: Tribunnews. com
SEORANG janda muda dilaporkan meninggal dunia selepas berasmara dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Pabuaran, Kabupaten (daerah) Subang, Jawa Barat pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan pada Jumaat 25 Jun 2021.
Wanita bernama EN dan berumur 34 tahun itu mempunyai seorang anak dikatakan meninggal dunia selepas mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya yang dipanggil, FF, berumur 25 tahun.
Dilaporkan EN secara tiba-tiba mengalami kekejangan anggota badan serta mulutnya berbuih sebelum menghembus nafas yang terakhir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan janda
Berikutan dengan kejadian yang mengejutkan itu, FF telah meminta pertolongan daripada kakitangan hotel berkenaan untuk membawa pulang EN ke rumahnya di Desa Ciberes, Kecamatan (mukim) Potokbuesi, Subang.
Bagaimanapun, wanita itu disahkan meninggal dunia dalam kenderaan ketika menghantar wanita itu ke rumahnya.
Sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu EN dikatakan kesihatannya baik dan normal seperti biasa. Menurut FF lagi, dia mengenali janda itu sejak hampir dua bulan lalu.
FF berkata, mereka mula menginap di hotel itu sejak 24 Jun 2021 jam 8 malam waktu tempatan.
``Selepas selesai mengadakan hubungan intim dengan EN, secara tiba-tiba dia tidak sedarkan diri dan wajahnya pucat, selain anggota badannya kejang serta mulutnya berbuih dan tidak boleh bercakap,’’ katanya seperti dilaporkan Tribunnews. com pada 26 Jun 2021 lalu.
Perkenalan pasangan kekasih itu bermula di laman Facebook dan setelah kemesraan mereka terjalin lalu EN bersetuju untuk bersama dengan teman lelakinya yang usianya lebih muda daripadanya di hotel berkenaaan.
JANDA muda yang menginap di sebuah hotel dibawa pulang ke rumahnya di Desa Ciberes, Kecamatan Potokbuesi, Subang.
Sementara itu, Ketua Unit Reskrim Daerah Pabuaran, Mahdar berkata pihak polis mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan kematian janda muda itu sebagai kematian mengejut.
Menurutnya, hasil siasatan ke atas mayat wanita itu mendapati tiada kesan pengkhianatan ataupun tiada unsur jenayah lain.
``Keluarga EN sudah reda dengan kematian wanita itu dan kematian EN adalah mangsa meninggal dunia secara mengejut selepas mereka selesai mengadakan hubungan intim di hotel itu,’’ kata Asep. - KitaReporters
PASANGAN kekasih itu dikatakan menginap di hotel ini di Pabuaran, Subang, Jawa Barat. - Kredit foto: Facebook