Adibah bersama hadiah yang dimenangi bagi tempat keempat GV8

Kehidupan artis-artis biasanya digambarkan berkisar dengan gaya mewah dan berjoli. Namun banyak juga artis sebenarnya seperti peminat biasa mereka. Menjalani kehidupan biasa dan berdepan masalah rezeki dan kewangan ketika pandemik COVID-9 melandan negara selama hampir dua tahun, seperti kita juga.

Bagi Adibah Noor, 52, mendapat hadiah kemenangan tempat keempat dalam Gegar Vaganza 8 (GV8) yang membawa hadiah RM20,000 bukan untuk melancong, membeli belah atau membelanja rakan-rakan.


Adibah tak malu ceritakan kesukaran hidupnya ketika PKP. Kredit foto: IG Gegarvaganza

Sebaliknya dia bersyukur menerima wang itu untuk membayar hutang dan menebus sebahagian barang kemasnya yang tergadai akibat kesukaran hidup dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu.

Ketika itu Adibah atau nama lengkapnya Adibah Noor Mohd Omar cukup terkesan kerana tidak menerima tawaran menyanyi dan tawaran berlakon juga terbatas.

Harap single terbaharunya mampu mengembali popularitinya sebagai artis rakaman



Adibah tidak malu menghebahkan penderitaannya dalam media sosialnya walaupun menerima pandangan negatif sesetengah pihak termasuk golongan netizen.

Menyentuh mengenai keputusan peringkat akhir GV8, Adibah berpuas hati, kerana tetap dapat tempat keempat.
Dalam pertandingan akhir itu, Adibah menarik perhatian penonton alam segmen ‘battle’ apabila dia ‘berlawan' dengan Azan Scan mendendang dan menari lagu rap yang dipopular 4U2C, ‘Kami Rappers’.

Ia merupakan pengalaman  pertama bagi penyanyi yang agak gempal ini menyanyi dan menari lagu rap atas pentas.

Pengalaman pertama Adibah nyanyi dan menari lagu rap atas pentas dalam 'battle' dengan Azan Scan.


Dia turut berduet dengan Datuk Zainal Abidin dalam lagu  ‘Kau Di Hatiku’.

Baginya terpilih memasuki peringkat akhir sudah memadai baginya kerana menyedari sejumlah peserta mempunyai kelebihan tersendiri.

Baginya menyertai GV8 memberi banyak pengalaman berguna kepadanya. Dia akur dengan pendapat para juri.

Adibah berduet dengan Datuk Zainal Abidin

Adibah tidak akan melupa komen juri Hetty Koes Endang yang tidak setuju bila dia merombak lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ kepada gaya dikir barat. Hetty berpendapat salah satu lagu popular dendangannya itu sudah cukup kuat melodinya, dan boleh sampai dengan baik dengan melodi asalnya.

Adibah berterima kasih atas pandangan Hetty yang sudah 50 tahun menjadi penyanyi mulai usia 14 tahun dan kini telah berusia 64 tahun.

Adibah turut bersetuju GV sebagai gelanggang bagi penyanyi yang sudah malap kembali menyerlah.

Justeru, Adibah menggunakan platform GV8 untuk mempromosi ‘single’ terbaharunya berjudul ‘Kecurangan’ yang baru dilancarkan dalam YouTube.

Lagu itu dirakam di studio UMA, Puchong, Selangor dalam kesibukannya mengikut jadual kerja GV8.

Adibah cuma mengambil masa setengah jam untuk merakam lagu ciptaan Chevy Amri ini. Dia berharap lagu ‘Kecurigaan’ akan mengembalikan keaktifan dirinya dalam industri seni. - KitaReporters


14
14
0
18
0

Copy Link: