Video| Ziarah Madani Perdana Menteri! Giliran Sheqal terima sumbangan! 4 kali strok, berkerusi roda!
Published byZiarah Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan insan seni terbaharu yang menerima sumbangan ialah penyanyi tahun 90-an, Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin,58.
Sheqal kini berkerusi roda selepas diserang strok sebanyak empat kali. Dia kini berehat di rumah setelah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah," menurut Anwar dalam catatan dalam laman Facebooknya.
Sheqal diperkenal dalam industri muzik tempatan oleh komposer Manan Ngah sejak 1990 hingga 1998.
Album yang dihasil ialah ‘Balada Nusantara’ (1990), ‘Pudar Yang Tersirat Pasrah’ (1991), ‘Cahaya’ (1994) dan ‘Lambaian’ (1998).
Namun perkahwinan pada 1993 itu berakhir pada 1999. Sheqal kemudian berkahwin dengan Normah Mohd Yusof.
Setakat ini Anwar telah menyampaikan sumbangan kepada 10 insan seni yang dilanda bermasalah kesihatan atau kewangan sejak September 2022.