Salah Amir Raja Lawak? Peniaga keluh, jualan air balang jatuh! Anak tak makan! Pelanggan tetap lari!
Published bySelain berlakon, Amir juga seorang peniaga air jagung yang diberi nama Air Jagung Amirreka.
Andai percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Biar beribu-ribu pun persaingan dalam perniagaan, andai sudah rezeki, ia tetap mendekat. Begitu juga sebaliknya.
Sama-samalah mencari dan berkongsi rezeki. Tidak kira
sama ada orang tersebut dikenali ramai atau tidak, ia tidak menjanjikan
apa-apa. Ada golongan artis terkenal mencuba nasib dalam perniagaan namun
rezekinya tiada dalam bidang tersebut kerana rezeki itu datangnya daripada Yang
Maha Esa.
Kita sebagai manusia, berusaha dan jangan berputus asa. Jangan mudah menuding kepada orang lain apabila kita tiada atau kurang rezeki pada hari itu. Jadikan perkara tersebut sebagai penguat semangat untuk lebih berusaha.
Apa yang berlaku ke atas pelawak popular, Amir Raja Lawak boleh dijadikan pengajaran. Pelawak yang kini peniaga air jagung, mendedahkan dalam Instagramnya bahawa dia mendapat mesej daripada seorang individu yang menuduhnya sebagai punca pendapatan peniaga-peniaga air balang jatuh.
Pada mulanya, individu terbabit meminta Amir tidak mendedahkan hal ini kepada umum. Namun, sebagai orang yang dikenali dan merasakan dakwaan tersebut agak melampau, Amir mendedahkannya.
“Assalamualaikum. Minta maaf kepada peniaga air di
sekitar Taiping dan Kamunting terutama peniaga air balang sekiranya kehadiran saya
menyinggung anda semua.
“Harap pelanggan tetap itu teruslah menyokong peniaga-peniaga jalanan yang anda biasa berurusan. Saya datang berniaga di Taiping dan Kamunting inipun santai-santai je. Tiadalah nak tekan buat sale sangat.
"Sebenarnya sambil bantu sahabat lama saya untuk promosi kedai dia di sini. Dia lagilah struggle sebab overhead yang ditanggung terjejas. Sayapun ada kerja lain juga nak selesaikan di sini dengan sahabat saya ni. Sebab itu saya datang sini.
“Rata-rata peniaga sekarang ni semuanya terkesan. Saya
harap janganlah letak kesalahan 100% kepada saya. Lagipun saya datang berniaga
di sini sekejap sahaja sehingga hari Sabtu 30 hari bulan ni.
“Didoakan agar segala urusan kita semua dipermudah dan dilimpahkan rezeki selalu, amin. Saya pos walaupun dia minta tak viralkan sebab tiada detail, nama dan gambar dia pun,” jawab Amir.
Achey mempersoal tuduhan invidu terbabit.
Sementara itu, rakan-rakan artis dan peminat turut memberi kata-kata sokongan kepada Amir supaya tidak terkesan dengan perkara tersebut.
“Itu baru Amir. Kalau karnival atau expo ada kat Taiping 10 hari, suruh karnival tu tutup ke kak?” soal pelawak terkenal Achey.
Manakala seorang netizen memberi pendapat soal rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing.
“Rezeki tu Allah SWT punya. Cuba tengok dalam pasar?
Berlambak orang jual ikan, ayam, dan sayur. Tapi masih juga ada pembeli.
Kenapa, sebab rezeki masing-masing sudah ada.
“Kalau kita rasa sales
kita kurang, cari jalan macam mana nak naikkan. Di luar sana banyak bisnes yang
sudah up and moving forward (walaupun
foundernya bukan dalam kalangan artis
macam Amir). Macam mana up? Strateginya
mantap. Strategi harga, marketing,
rasa, lokasi dan sebagainya.
“Dalam Taiping tu bukan ada 10 orang sahaja sampai
terjejas bisnes orang lain sebab Amir datang. Fikir logik, air semua orang
minum. Tiada orang tak minum air. Tapi kenapa awak jual air orang tak beli?
Cuba fikir macam mana nak up selain
daripada fikir salahkan orang.
“Tengok Fazura tu, walaupun tudung dia jual laku keras, bisnes tudung orang lain masih rancak berjalan dan tiada isu pun. Sedangkan air dan tudung, rasanya lebih banyak pembeli air. Fikir dan renung-renungkan,” tulis netizen tersebut.
Benar, rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Tidak perlu salahkan orang lain.
Benar, rezeki sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan
mudah putus asa dan letakkan kesalahan kepada orang lain andai rezeki kita
berkurang atau tiada. Usaha dan terus berusaha walaupun 10 kali gagal. - KitaReporters