Tomok pamer persembahan memukau sehingga menjuarai minggu ke-6 GV9.


KETIKA awal Gegar Vaganza 9 (GV9) hendak diterbitkan beberapa bulan lalu, pihak Astro Ria menyatakan akan ada berbagai kejutan sepanjang  pertandingan realiti nyanyian ini berlangsung. Dan ia terbukti apabila sudah beberapa kali tiada penyingkiran mingguan.

Menurut jurucakap Astro Ria dalam rancangan Vazz Vaganza, pihaknya memang telah merancang tiada penyingkiran pada minggu ke-6 dan ia memberi keuntungan kepada salah seorang peserta, Dina Nadzir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza


Sebelumnya Dina (Faradina Mohd Nadzir), terpaksa membatalkan kemunculan dalam minggu ke-6 setelah pulang ke Johor Bahru pada Sabtu 22 Oktober 2022 setelah mendapat berita ayahnya Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, tenat dan sempat bersama pada saat akhir sebelum meninggal dunia pada pagi Ahad, 23 Oktober 2022 serta menguruskan pengkebumian ayahnya.


Dina Nadzir dan arwah ayahnya, Mohd Nadzir Gulam Kadir.

Dalam GV9, Jaclyn Victor (Jac) dianggap sebagai peserta favourit yang bakal menjuarai setiap peringkat mingguan.

Setelah menjuarai minggu ke 4 dan ke-5, Jac yang menjadi peserta keenam dijangka ramai bakal menjuarai bagi kali ketiga berturut-turut. 

Jac memberi persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ‘Bukan Rayuan Gombal’, nyanyian asal Judika dari Indonesia.


Jaclyn Victor berada di tangga kedua

Namun kemunculan Tomok sebagai peserta terakhir mengubah keputusan pada minggu ke-6 ini.

Tomok muncul dengan pesembahan memukau ketika menyampaikan lagu ‘Everybody’ nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys (BSB).

Menyedari ia adalah lagu berkumpulan, Tomok cuba memberi persembahan terbaik sebagai penyanyi solo dan muncul dengan imej lanun (Pirates of the Caribbean) dan membawa kumpulan penari sendiri.

Persembahan bertenaga Tomok menghiburkan ketiga-tiga juri, Datuk Ramli MS (ketua), Hetty Koes Endang dan Datuk Syafiaz Selamat.

Hetty menyifatkan persembahan Tomok bertaraf dunia dan tidak malu ke pentas meminta Tomok mengajar cara tariannya yang memikat.




Sementara itu Tomok terharu dengan sokongan para juri dan memberi semangat kepadanya untuk memberi persembahan lebih baik pada masa hadapan.

Tomok berjaya memperolehi markah tertinggi iaitu 84 markah, diikuti Jaclyn Victor 82.40, Shila Amzah 76.6 dan Bob Yusof 76.4 markah.

Atas sifat persahabatan, tiga peserta iaitu Jac, Shila dan Tom melakukan persembahan terbaik mereka menyampaikan lagu ‘Januari’ dendangan mendiang Glenn Fredly yang sepatutnya didendang oleh Dina Nadzir. 

Ketiga-tiga mereka hanya berlatih beberapa jam sebelum persembahan, namun persembahan mereka mampu membuat para juri bertepuk tangan.


Shila Aamzah di tangga ketiga

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi Tomok berdasarkan undian penonton, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000.

Jaclyn pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak apabila meraih undian tertinggi penonton dan membawa pulang produk jenama tersebut. 

Bagi minggu ke7, persaingan dijangka semakin hebat apabila para peserta perlu menyampaikan lagu-lagu popular artis popular tanah air.

Asheed Def Gab C turut selamat daripada penyingkiran setelah nyanyiannya dalam lagu  Inggeris ‘Sweet Child of Mine’ gagal menambat hati juri  dan menduduki tempat tercorot dengan cuma memperoleh 59.9 markah. - KitaReporters


Persembahan mantap Tom, Shila dan Jac

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keenam :

TOMOK : 84.00

 JACLYN VICTOR : 82.40

SHILA AMZAH : 76.60

BOB YUSOF : 76.40

HAZRUL NIZAM : 74.30

VE : 73.60

FUAD RAHMAN : 73.10

TOM : 63.50

ASHEED DEF GAB C : 59.90

## DINA NADZIR: 0.00

@ Tiada Penyingkiran

12
10
0
8
0

Copy Link: