Calon BN Parlimen Labis, Chua Tee Yong (dua dari kiri) bersama bapanya, Tan Sri Chua Soi Lek (dua dari kanan) yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Labis bersama Mohd. Azhar Ibrahim (kiri).

TUMPUAN terhadap pembangunan infrastruktur, memajukan potensi pelancongan sedia ada serta kebajikan penduduk menjadi sandaran calon Ahli Parlimen Labis yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 depan.

Datuk Chua Tee Yong yang merupakan pengerusi MCA Labis berkata, pengalaman menjadi Ahli Parlimen Labis selama dua penggal bermula tahun 2008 hingga 2018 sebelum ditewaskan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu menjadikannya lebih memahami keperluan dan kehendak penduduk di kawasan Labis.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU)

Mohd. Azahar membantu Chua Tee Yong memakai jaket Barisan Nasional sambil diperhatikan oleh ADUN Tenang, Haslinda Salleh (tiga dari kiri) sebagai gimik pelancaran Jentera PRU15 BN Parlimen Labis.
"Sebenarnya banyak agenda pembangunan yang sudah dirancang ketika saya menjadi Ahli Parlimen Labis dahulu, namun tidak sempat dilaksanakan selepas saya gagal mempertahan kerusi tersebut pada PRU14 lalu dan ini merupakan peluang terbaik untuk saya meneruskan segala yang telah dirancang sebelum ini sekiranya pengundi di Labis memberi semula kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat.
"Antara keperluan pembangunan yang perlu diberi perhatian segera adalah meningkatkan kualiti rangkaian jalan raya di Labis  yang merupakan antara kemudahan paling asas dimana ianya mampu menarik pelabur luar datang ke Labis sekali gus mampu meningkatkan ekonomi penduduk di sini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU15 dan Memperkenalkan Calon BN Parlimen Labis di Dewan Yong Hock Kin, Labis pada  4 November 2022.

Sebahagian jentera Barisan Nasional yang hadir semasa Majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum 15 dan Memperkenalkan Calon BN Parlimen Labis.


Menurutnya, selain agenda pembangunan bertujuan memberi keselesaan kapada penduduk Labis, beliau juga akan meneruskan usaha untuk membanggunkan potensi pelancongan di Labis yang pernah diusahakannya ketika menjadi Ahli Parlimen Labis sebelum ini.

Katanya, selain potensi alam semula jadi yang terdapat di Labis, ramai yang tidak mengetahui bahawa pekan Chaah yang terletak di dalam Parlimen Labis juga merupakan kawasan bersejarah yang disifatkannya sebagai 'living museum" (muzium kehidupan) yang boleh dimajukan sebagai salah satu tarikan pelancongan. 

Katanya, turut tidak dilupakan adalah nasib pekebun kecil serta petani di Labis yang memerlukan pembelaan berikutan harga komoditi getah dan kelapa sawit yang tidak menentu ketika ini menjadikan mereka semakin terhimpit lebih-lebih lagi ketika peningkatan ketara kos hidup serta harga 'input' pertanian ketika ini.  

Dalam masa sama, beliau yang menyifatkan perjuangannya selama dua penggal menjadi Ahli Parlimen Labis masih belum selesai sepenuhnya walaupun telah berjaya membawa pelbagai pembangunan di Labis sebelum ini dan berharap pengundi memberinya peluang sekali lagi untuk melaksanakan segala perancangan yang terbantut selepas gagal mengekalkan kerusi tersebut pada PRU14 lalu. 


Chua Tee Yong dan Pengarah Pilihan Raya Parlimen Labis, Mohd. Azahar Ibrahim merupakan rakan baik kerana mereka pernah bekerjasama ketika Chua Tee Yong menjadi Ahli Parlimen Labis sementara Mohd. Azahar pula ADUN Tenang sebelum ini. 
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Labis,  Mohd. Azahar Ibrahim  yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis turut menasihatkan jentera serta penyokong BN di Labis agar sentiasa menjaga tingkah laku serta mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen nanti.
Katanya, amat penting bagi jentera dan penyokong berkempen secara sihat tanpa melemparkan fitnah mahu pun menyerang peribadi calon lawan secara melulu, sebaliknya perlu sentiasa berpegang kepada fakta ketika berkempen kerana pengundi hari ini semakin bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah walaupun hakikatnya kerajaan BN yang telah bertapak selama lebih 60 tahun sebelum ini berjaya ditumbangkan melalui fitnah.

Ketua-ketua parti BN yang hadir sama di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum 15 Barisan Nasional Parlimen Labis bersemangat mengibarkan bendera .
"Selari dengan peredaran zaman, pendekatan berkempen juga perlu perlu berubah termasuk menggunakan platform media sosial dan kita tidak harus bergantung dengan kaedah lama berkempen secara bersemuka semata-mata.
"Ini kerana jumlah pengundi baharu berusia antara 18 hingga 30 tahun adalah ramai dan mereka ini lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat melalui media sosial berbanding golongan yang lebih berusia serta telah berpengalaman mengundi sebelum ini yang lebih selesa mengikuti kempen calon melalui kaedah bersemuka atau ceramah," katanya.
Sehubungan itu menurutnya, jentera BN tidak boleh tertinggal dan perlu memanfaatkan sebaik mungkin kecanggihan dunia komunikasi ketika ini untuk mendekati seramai mungkin penguna di khususnya golongan muda yang pertama kali mengundi pada PRU 15 ini. - KitaReporters

Tan Sri Chua Soi Lek masih 'disayangi'  penyokong BN Parlimen Labis biarpun sudah tidak lagi menjadi ahli Parlimen kawasan tersebut. 

12
10
0
9
0

Copy Link: