Sedar tidak sedar sudah 10 tahun Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) memberikan sumbangan kepada artis tanah air pada setiap kali perayaan umum di Malaysia. 

Masih di bawah naungan yang sama, pengurusan YKAT dianggotai oleh 8 orang pemegang amanah berbilang kaum iaitu Datuk DJ Dave (pengerusi), Dato' M Nasir, Dato' Nash, Datuk Yusof Haslam, Dato' Nancie Foo, Dato' Khairudin, Dr. Kanagarajan dan Colin Edmonds. 


Lagi



“Semua artis kami sedia membantu dan semestinya tertakluk kepada syarat-syaratnya. Kerana itu, kami masih kekal memberi sumbangan pada setiap tahun dan akan diteruskan sebaik mungkin. 

"Kerjasama yang kami perolehi dari padapersatuan artis yang lain turut membantu kami dalam usaha memberi sumbangan kepada artis yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama,” ujar DJ Dave dalam kenyataan medianya.


Antara pemegang amanah YKAT, DJ Dave (kiri), Nancie Foo dan Nash


Pada Rabu, 19 Oktober 2022, YKAT telah menyalurkan sumbangan kepada artis-artis tanah air yang berumur 60 tahun dan ke atas sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mereka terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pemuzik dari semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Seramai 9 artis India, 3 artis Cina dan 3 artis Melayu menerima sumbangan kali ini. 

Sumbangan disalurkan kepada 15 orang artis yang layak ini melalui sistem perbankan secara terus ke dalam akaun bank masing-masing.

Jumlah sumbangan sebanyak RM15,000 diperuntukkan. 

FATIMAH ABU BAKAR

Setiap seorang menerima RM1,000 termasuk percuma keahlian Program Khairat YKAT berjumlah RM100 bagi mereka yang layak. Ini bermakna, 3 orang dari mereka menerima sumbangan berjumlah RM1,000 manakala 12 orang menerima RM900 beserta RM100 keahlian program khairat.

Sumbangan ini adalah daripada dana yang diperolehi oleh kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 2012.

NOOR KUMALASARI

Dana tersebut digunakan secara berhemah oleh pihak pengurusan YKAT untuk menjalankan pelbagai aktiviti seni juga membantu dalam kebajikan artis-artis tanah air.

Antara penerima sumbangan YKAT ialah 3 artis Melayu iaitu pelakon Fatimah Bee Abu Bakar, Noor Kumalasari Mohd Taib dan Fauziah (Ogy) Ahmad Daud.
Sementara itu, Ogy berkata dia terharu dipilih sebagai salah seorang penerima sumbangan dan menyifatkan sebagai hadiah hari jadinya yang ke-60 pada 10 Oktober 2022 lalu.

Menurut Ogy dia menerima panggilan daripada Nash mengenai penerimaan sumbangan itu.

Ogy berkata, dia memuji persatuan itu yang ternyata menunaikan janji terus membela insan seni terutama artis veteran. - KitaReporters


FAUZIAH AHMAD DAUD

15
9
0
12
0

Copy Link: