Video| Semoga istiqamah! Aprena Manrose berniqab? Ikuti majlis ilmu! Peminat beri respons positif!
Published byAPAKAH pelakon Aprena Manrose kini sudah memakai jubah dan berniqab? Adakah dia mengikut jejak rakan artis seperti Neelofa, Waheeda dan Diana Amir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemakaian niqab
Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, menafikan dia sudah berniqab tetapi memohon orang ramai doakanlah dia berubah ke arah itu.
Aprena mula memakai tudung sejak Jun 2021 dan terus berlakon dengan imej Islami itu.
Menerusi satu entri, Aprena meluahkan rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu demi memperbaiki diri lebih baik berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.
“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. Insya-Allah.
Dalam ruangan komen, Aprena terharu apabila menerima maklum balas positif daripada pengikutnya serta meminta mendoakan agar dirinya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.
“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencari-Nya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.
“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqamah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya.
Sering mengikuti kelas pengajian agama, Aprena akui ada ketika hatinya juga terdetik untuk mula berniqab apabila melihat ramai wanita yang hadir berpakaian begitu.
Dalam masa sama Aprena berharap video yang dimuat naik itu dapat memberi pendedahan kepada lebih ramai orang tentang kelas agama yang dikhaskan untuk golongan wanita.
“Jujur saya katakan apabila pergi ke kelas ilmu agama sebegitu dan berjumpa dengan ramai wanita berniqab ada juga rasa teringin untuk ikut sama. Saya mahu berpakaian mengikut sunnah,” katanya.
Tambahnya, apa yang dikongsikan dalam media sosial itu adalah untuk faedah orang ramai yang sering bertanya tentang kewujudan kelas agama untuk golongan wanita.
Aprena yang mula bertudung sejak Jun 2021 tetap aktif dalam dunia lakonan dan bakal kembali ke set penggambaran drama mulai Oktober 2022.
Aprena berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 2016.
Dia sepupu sebelah emak dengan pelakon adik beradik Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose. - KItaReporters