Berlari ke arah Running Man! Temui live Jae Seok, Jong Kook, HaHa! Kembali selepas 8 tahun menanti!
Published byPOSTER Konsert Running Man Run 2 U Live In MIECC, Kuala Lumpur pada 15 Februari 2025. - Kredit foto: SE
SESUDAH lapan tahun berlalu, enam artis “Running Man” akan kembali ‘berlari’ demi para peminat mereka secara langsung di Malaysia pada 15 Februari 2025.
Jee Seok Jin, Yu
Jae Seok, Kim Jong Kook, HaHa, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan – pendukung rancangan
aneka hiburan TV popular Korea Selatan itu, muncul dalam Konsert Running Man
Run 2 U Live In Kuala Lumpur.
Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor akan menjadi gelanggang Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur yang turut dijadualkan menjalankan sesi bertemu para peminat.
ADA antara watak "Running Man" ini yang baru kali pertama menjejak bumi Malaysia pada 15 Februari 2025 nanti. - Kredit foto: FB RM
Inilah kali kedua MIECC menyambut kehadiran watak-watak "Running Man" ini selepas 22 April 2017 seperti Lee Kwang-soo, Jong Kook, HaHa, Ji Hyo and Seok Jin dalam Jelajah Bertemu Peminat Asia yang meliputi Taiwan, Macau, Hong Kong dan Thailand.
“Konsert yang bermula pukul 5 petang ini merupakan anjuran Sunstrong Entertainment. Tiket-tiket akan mula dijual 26 Disember 2024.
“Juga berita baik dan kejutan kepada para peminat Jae Seok dan Se Chan yang pertama kali datang ke Malaysia – inilah peluang keemasan untuk menemui mereka secara langsung!
“Jae Seok amat digemari penonton kerana penampilannya yang penuh pesona dan berjenaka, begitu juga Se Chan dengan gaya humoris, serius, dan penuh semangatnya,” lapor satu siaran media.
Sejak 2013, artis-artis “Running Man” sering berkunjung ke luar negara untuk membawa keriangan buat para peminat setia mereka.
"RUNNING Man" sentiasa mendapat sambutan hangat para peminatnya dalam siri jerayawara di kebanyakan negara Asia. - Kredit foto FB RM
“Running Man” telah bersiaran tanpa henti sejak pelancarannya pada 2010 dan kini memasuki tahun terbitan yang ke-14 malah kekal popular terutama di Asia,” tambah siaran berkenaan.
Mereka juga akan meraikan kejayaan berterusan rancangan paling unggul di Korea Selatan yang mencapai 732 episod.
Jerayawara Running Man Run 2 U sepanjang 2024 sudah mengharungi Filipina dan Indonesia yang menyaksikan tiket-tiket konsertnya laris terjual, sekali gus mengukuhkan populariti antarabangsanya.
Selain gelagat para artisnya yang lucu dan mencuit hati, turut disajikan ialah aneka permainan yang kreatif dan luar biasa. - KitaReporters
SENARAI PENCAPAIAN ANUGERAH OLEH “RUNNING MAN”:
Program Paling
Popular Anugerah Hiburan SBS Keempat, 2010
Program Paling
Cemerlang Anugerah Hiburan SBS Kelima, 2011
Program TV Paling Popular
Di Dunia Anugerah Insider 2016
Tempat pertama rancangan
hiburan TV Korea paling popular iQiyi Taiwan 2018
Anugerah Kesetiaan
Pelanggan Jenama Korea 2022 hingga 2024
Anugerah Jenama
Tahunan 2023 dan 2024