Video| Ini baru betul! Lori terbalik, penduduk bantu pemandu! Alihkan minyak masak! Bukan dijarah!
Published by.
Peristiwa warga setempat di Lampung, Sulawesi Selatan ‘berjemaah’ mengambil ratusan buah durian daripada lori pikap yang terbalik masih dalam ingatan kerana baharu beberapa hari berlaku iaitu pada malam hari Ahad, 26 Januari 2025.
Tindakan itu mendapat teguran daripada masyarakat kerana ia menunjukkan perbuatan tidak terpuji dan memalukan. Namun tidak semua masyarakat yang mempunyai perangai negatif sedemikian.
Sebuah lori yang membawa ratusan kotak minyak masak terbabas di Jalan Prof. Dr. Ida Bagus Mantra, Km. 19.8 Serongga, Kecamatan Blahbatuh, Kabupaten Gianyar di hadapan Safari Marine Park pada Sabtu 8 Februari 2025.
Tetapi kedatangan mereka bukan untuk mengambil minyak masak secara percuma. Sebaliknya warga beramai-ramai membantu meletakkan kotak minyak masak yang mengandungi botol 5 liter yang jatuh di jalan batu ke tepi jalan.
Selain itu beberapa lagi membantu pemandu dan bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius.
Rakaman situasi itu pada mulanya dimuat naik dalam laman X oleh akaun @zoelfick yang memaparkan orang ramai bersusah payah memindahkan berpuluh-puluh kotak berisi minyak masak ke tepi jalan.
Ramai netizen yang memuji warga Bali menolong pihak yang ditimpa bencana, bukan menjarah barangan yang dibawa.