Piala Malaysia 2023: KL City dan Sri Pahang terikat 1-1! Tapi KL City ke separuh akhir! Agregat 2-1!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: FB KL City


Kuala Lumpur (KL) City FC meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 secara agregat pada suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 24 September 2023. 

Biarpun tuan rumah mengikat KL City 1-1 namun kelebihan gol pada suku akhir pertama menyebabkan Sri Pahang terpaksa berputih mata. 

Dalam perlawanan yang berlangsung sedikit lewat akibat hujan lebat, anak didik Fandi Ahmad lebih mendominasi permainan secara keseluruhan dan lebih banyak melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol pelawat. 

Berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Poulo Josue berjaya disambar oleh Romel Morales untuk berada di hadapan 1-0 pada minit ke-29. 

Sri Pahang cuba bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua menerusi Lucas Silva melalui sepakan penalti. Namun itu sudah terlewat untuk menghalang kemaraan pasukan KL City ke pusingan seterusnya. 


Sri Pahang gagal menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila tewas 1-2 secara agregat kepada KL City. - Kredit foto: FB MFL


Keadaan padang yang licin dan bertakung air di sesetengah kawasan merencatkan taktikal untuk mendapatkan jaringan itu. 

Sementara anak buah Nenad Bacina pula lebih bermain secara serangan balas pantas dan mempunyai beberapa peluang terbaik namum keadaan padang juga menganggu permainan mereka. 

Kemenangan ini membolehkan mereka meneruskan misi untuk ke pentas akhir seperti mana dilakukan pada tahun 2021 dan masa itu juga kejuaraan menjadi milik mereka menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) FC. - KitaReporters

11
5
0
14
0

Copy Link: